Sunday, November 20, 2011

Kejadian Hari Jumaat

Adalah menjadi kebiasaan kalau berlalunya tabung di hadapan mata serta dalam keadaan bersila akan terdetik satu perasaan yg sangat ikhlas dalam lubuk hati ini, iaitu ingin menderma. Derma yg bukan pura-pura tapi penuh rasa rendah diri dan keikhlasan.

Kejadian di hari Jumaat dua hari sudah membuktikan segalanya. Usai makan tengah hari tadi di tangan masih tinggal RM25 dan berbekalkan RM25 itulah bekalan wang aku sehingga hari gaji seterusnya iaitu pada 22hb ini.

Seperti kebiasaan hari Jumaat akan berlangsungnya sembahyang Jumaat. Aku jugak tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama masyarakat Islam yang lain untuk menunaikan solat Jumaat. 

Maka, tepat pukul 1 tengah  hari bergerak lah aku ke Masjid Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim. Untuk makluman semua, cendol mak cik van yang beroperasi selepas doa solat Jumaat turut menarik perhatian ramai.

Walaubagaimanapun, ibarat tetap ibarat. Ibadat didahulukan, solat Jumaat diutamakan.

Tiba di masjid, cuaca agak terik. Masuk perkena wuduk memang satu perasaan yang sukar digambarkan betapa puasnya membasahkan air ke anggota badan yang berkenaan.Puas & lega.

Selesai mengangkat hadas kecil maka bersila lah aku untuk mendengar khutbah ringkas.

Senang enak memasang telinga,tabung masjid berlalu dihadapan aku. Dengan penuh keikhlasan dan rasa rendah diri aku seluk poket baju kiri, tiada.

Kemudian tangan aku seluk seluar poket kiri, tiada. Mengagau pula ke poket seluar kiri, tiada. Masih terkawal. Niat di hati RM1 untuk didermakan.

Ustaz Ghaffar, cikgu agama Islam semasa aku berdarjah 6 pernah berpesan, biar amount nya sikit, memadai dengan 1 sen sekalipun pastikan ihklas maka besar pahalanya.

Aku pun menyeluk poket belakang dan mengeluarkan wallet berjenama Polo 50% punya diskaun. Yes, ada pun. Dalamnya berisi RM10 dua keping. Brader sebelah aku dah jeling-jeling memandang tabung, mungkin tidak sabar untuk aku ganjakkan tabung tersebut kepadanya.

Panik juga sebenarnya situasi semasa itu.

Niat dah cantik, tapi 3 hari lagi nak gaji ni. Kalot tapi aku mesti waras. Mata keliling dah memandang-mandang. Tuhan sayang orang yang ikhlas.Tapi sabar itu perlu. Maruah kata isi, perut minta diisi.


Ikhlas!


Aku lipat wang RM10 ke dalam tabung tadi dalam-dalam. 

Friday, November 18, 2011

Helikopter

Kereta tayar belakang 2 2 biji dah botak. Pastu enjin berbunyi bising je, tingkap auto pun dah tak auto dah, minyak hitam kerja menitik je.Econ pulak sampai tahap berhaba!

Demikian luahan hati Shaiful, rakan sekerja aku kepada aku mengenai luahan hati isterinya mengenai kereta milik isteri yang sepatutnya tiada lagi di muka bumi ini.

''Habis, hang kata apa?Ada rancang nak ambik kereta baru ke?Soal aku sambil menunjukkan minat.''
Mana tidaknya, rancangan belian Toyota Vios J dah tertunda berbulan-bulan. Aku yang kadang-kadang bosan dengan kerenah 'nak beli tapi tak beli ni' sabar sambil berdoa rancangan suami isteri ini tercapai. 

Shaiful yang paham dengan ekor mata aku yang memintak jawapan untuk persoalan yang aku titip kan sebentar tadi seperti mahu melarikan diri dari persoalan tersebut. Namun jantan sama jantan apa hal sangat nak berahsia. Dengan lantang beliau menjawab..


Tak ada la, aku suruh dia sabar nanti aku beli helikopter!

Aku terus berambus pergi buang angin!

Steady!

PGN 95** meluncur laju melalui Lebuhraya BKE Butterwoth - Kulim. Jam di tangan menunjukkan waktu patut bersantai di rumah. Pulang kerja sambil hujan-hujan renyai memang rasa satu macam.

Sedang khusyuk dengan pemanduan aku digetarkan dengan telefon bimbit di dalam poket baju sebelah kiri.

Tanpa mempedulikan kerugian RM300 dan keselamatan diri, aku pura-pura bercakap telefon. 

''Hello''.

''Hai Cik Ami. Kenapa?''

''Saja, bosan kerja. Eh, tadi ibu call, dia kirim salam''.

''Family semua sihat?'' Sapa aku berbasa basi.

''Ayah tak sihat. Demam, muntah-muntah, cirit birit.''


Ekk?Dia nak terima menantu la tu jadi macam tu.


Arkkkkk?? 


Selamat bertunang kepada Aku! 9/10/2011!Kah kah kah kah! 

Sunday, September 25, 2011

Cerita Cik Ami II

Sambil melayan  QPR vs Aston Villa beraksi, tiba-tiba aku teringatkan kisah Cik Ami hari Khamis petang tempoh hari.

Seperti selalu Cik Ami akan berkawal di kaunter untuk memastikan urusan peminjaman dan penghantaran buku berjalan  lancar. Disebabkan ketidakcukupan staf, Cik Ami diminta untuk berkawal seorang diri. Cik Ami seperti biasa, akur dan menurut perintah.

Seorang demi seorang datang dan pergi. Semuanya mudah bagi Cik Ami untuk menghandlenya.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Biar mempunyai sifat sabar dan berbudi bahasa tidak semuanya mudah untuk Cik Ami lalui kerana kehidupan tidak selalunya statik sebaliknya berliku-liku dan membebankan. Kehidupan di dunia sebenar adalah sama dengan kehidupan di sebuah library

Datang dua orang pelajar berjantina perempuan untuk meminjam buku. Buku yang ingin dipinjam dihulurkan. Cik Ami tanpa rasa prejudis pun melayan kehendak pelajar terbabit.

Usai urusan, buku yang tadi di tangan Cik Ami bertukar tangan.

Dengan tidak semena-mena, pelajar yang meminjam tadi  menyoal Cik Ami tanpa ragu-ragu.

''Eh. tak ada plastik bag ke?''

Belum sempat Cik Ami menjawab, pelajar tadi langsung memusingkan badan dan muka ke arah kawannya yang seorang lagi sambil berkata.

''Eh, ingat tadi beli barang.''

Dua orang pelajar tadi berlalu pergi meninggalkan Cik Ami yang tepinga-pinga sambil membatukan diri.


5 minit selepas kejadian Cik Ami menelefon aku tanpa didahului salam sebaliknya ketawa bedekah-dekah.

Google (Ms Chan)

Hari ini dengan penuh bermotivasi dan beperasaan riang ingin aku mengisahkan sebuah cerita. Ceritanya berbunyi begini. Kejadian minggu sudah.

Ms Chan yang berusia dalam lingkungan 40 an yang asyik melakukan tugasan rutinnya  rupanya memasang telinga mendengar perbualan Aku, Tum &  Shaiful. Meja beliau yang bersebelah meja Tum  memudahkan niatnya itu. Aku dan Shaiful yang baru selesai makan tengah hari rancak berbual di meja Tum

Untuk makluman pencinta Blog ini, Ms Chan adalah senior officer di tempat aku bekerja dan gajinya menjangkau RM7k sebulan. Beliau boleh aku gambarkan sebagai seorang yang sangat bertanggungjawab dengan tugasannya dan sangat arif dengan selok belok bidang  tugasnya serta mahir dalam menguruskan bahagian khidmat pelangan dengan jayanya. Beliau juga fasih berbahasa melayu, bahasa orang puteh dan bahasa bakunya.

''Tum, bila nak ambik iPad2, hari tu cakap nak angkat satu. Bonus 3 bulan Dato' Seri bagi tak kan dah habis kot.'' 

''Tengah survey-survey,berapa RM boleh dapat sekarang ek?''

Perbualan Tum dan Shaiful terhenti di situ sebelum aku menyampuk.

''Goolge la Tum.''

Ms Chan yang dari tadi hanya membisu tiba-tiba keluar dari kepompong membisu tersebut dengan kata-kata indah.


''Google tu kedai dekat mana?Aku pun nak angkat satu iPad2.''


Lantas, aku pun berpura-pura sakit perut lalu pergi ke rest room.

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin!

Kejadian di malam raya tahun ni memang membuatkan aku berdebar-debar serta bingung.

Aku yang sibuk mengambil wuduk untuk bersolat agak kelam kabut melihat jam dinding yang sudah menjangkau angka 8.10 malam.

Entah kenapa solat aku merewang entah ke mana tapi yang pasti persoalan aku tetap satu, esok raya kah?Aku timbul kan persoalan untuk aku jawab di dalam hati. Kebiasaanya Y.M. Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Engku Ngah akan mengupdate seluruh rakyat Malaysia di kaca TV time time macam ni lah. 

Usai memberi salam dan doa ringkas tangan aku mencapai hanset langsung menaip patah-patah perkataan. Mesej di hantar ke Cik Ami.

''Comfirm ke esok raya?''

Tak lama selepas tu Cik Ami pun membalas dengan rasa angkuh.

''Yup!''

''Ek, comfirm ke?Tahu mana?Dah kuar kat TV ke?''Soal aku lagi bertubi tubi tanpa belas kasihan minta kepastian.

''Teeettt teetttt''.Hanset aku berbunyi lagi menanda mesej masuk lagi.Cik Ami dengan rasa rendah diri dan cool membalas.


''Pak  cik penyimpan mohor tu mesej Ami tadi''


Rasa sayu pulak Takbir raya tahun ini.

Sunday, August 21, 2011

Puasa 2011

Hari ini, 21 Ramadhan 1432 bersamaan puasa untuk hari ke 21.Selamat berpuasa semua dan semoga sihat selalu.

Apa yang terlintas di dalam kepala otak aku sekarang adalah 'peristiwa' pada 1 Ramadhan 1432 iaitu jatuh pada  hari Isnin atau dalam kalender baratnya 1 Ogos 2011. Hari sebelumnya aku berehat di rumah memutihkan kulit dan uji diri dengan memperingati niat puasa dan kaifiat solat tarawih. Alhamdulillah, masih utuh dan solat tarawih pertama aku lancar.Sahur biasa biasa.

Eh, berbalik pada hari kejadian semacam ada satu perasaan berkobar-kobar untuk bekerja. Gembiranya rasa hati permulaan berpuasa aku bekerja, mencari rezeki halal di bumi Pencipta. Bermula dengan Subuh on time diikuti dengan mandi  seperti selalu-selalu.

8.45 pagi waktu paling akhir aku perlu berada di pejabat dan secara kebiasaannya pukul 8 aku sudah gerak tapi hari itu semacam ada  satu perasaan angkuh untuk bekerja dan bersemangat waja. 7.40 pagi  aku sudah mulakan perjalanan ke bumi Kulim. Yaa, bandar Kulim yg angkuh dengan hasil bumi bijih timah pada abad ke 19. Honda EX5 aku tunggang perlahan-lahan, berhati-hati dan tekun tanpa pandang ke kiri kanan. Dengan kelajuan 70-80 km/jam aku tiba dengan selamat. Pukul 8 pagi aku tiba!Awal!

Aku ke tempat letak motosikal sambil menurunkan tongkat sambil aku kunci kemas-kemas. Aku pun berlalu pergi masuk ke dalam office seperti biasa. Entah kenapa, selepas setapak ke setapak kaki menapak, satu perasaan hadir dengan kegusaran. Arghhh, memang aku benci perasaan macam ni tapi aku terus kan langkah menuju ke office yg satu.

Perasaan angkuh tiba-tiba menguasai diri bilamana office masih gelap dan tiada penghuni serta masih berkunci. Ketawa aku sendiri sambil bangga diri aku yg pertama hari sampai ke office! Kalau bos tahu sahih dia bagi aku bonus 7 bulan, aku masih mengelamun sambil berasa riak utuh dalam sanubari tanpa aku sedar hari ini permulaan puasa untuk aku.Cepat-cepat aku istigfar!

Aku berdiri di luar pintu sambil memerhati keadaan sekeliling yg masih sunyi. Sunyi sesunyinya! Jam di tangan sudah 8.20 pagi tapi masih tak kelihatan staf-staf lain. Perasaan curiga mula berjinak-jinak tapi aku positifkan diri untuk 10 minit lagi. Sambil aku mesej ke Kamal,rakan sepejabat mohon kepastian.

Beberapa saat kemudian, Kamal memanggil aku di corong talifon bimbit sambil gelak guling-guling.


Aku pun matikan talifon langung aku berlalu pergi dengan satu perasaan yang sukar aku nak tulis!


Pada hari kejadian bersamaan hari Isnin, 1 Ogos 2011 atau lebih mulia pada 1 Ramadhan 1432 adalah cuti umum bagi seluruh negeri Kedah dan kawasan yang sama waktu dengannya.

Monday, July 4, 2011

Orang nak dia pun sibuk nak

Cerita abang ipar aku punya kawan

''Bayangkan betul-betul tengah atas Jambatan Pulau Pinang motosikal aku buat hal.Pukul 1 pagi lebih. Aku pun apa lagi, tongkat motosikal kasi kemas sambil tangan melambai-lambai mintak tolong.''

''Sebuah motosikal LC semakin hampir menuju ke arah aku. Bukan main suka aku masa tu. Tapi apa kan daya, sekadar berlalu pergi. Asap motosikal dia pun aku tak sempat sedut.''

''Bukan rezeki aku. Aku cuba lagi. Nampak je kelibat motosikal, aku segera tahan dengan lemah lembut. Motosikal dipandu seorang anak muda pelahan lahan datang dekat aku.''


Belum sempat kawan abang ipar aku habiskan cerita, ada satu panggilan masuk untuk dirinya. Lalu diangkat ke hujung telinga sambil menjawab dengan nada biasa biasa. Puas bercakap handphone dimatikan sambil senyuman terukir di sisi mulut.

''Habis tu apa jadi woi?Anak muda tadi bagi kau minyak ke?'' Sound abang ipar aku sedikit pun tidak ingin tahu punca dia tersengih-sengih menjawab telefon sebentar tadi.


''Ada apa abang?''

''Tolong abang adik, motosikal abang habis minyak.''

''Loorr, habis minyak? Itulah tak ada duit buat la cara tak ada duit.''


Siap perkataan 'duit' disebut anak muda tadi pun berlalu pergi perlahan-lahan langsung hilang di pandangan mata.

Wednesday, June 29, 2011

Berkenan

Saudara Ahmad Kamil masuk pertama kali ke dalam Kulim Hi Tech Park Branch dengan dahi berkerut. Ke kiri tak kena, ke kanan pun tak tentu hala. Mata liar mencari pegawai bank yang berkenaan. Matlamatnya mudah, ingin mendapatkan maklumat mengenai pinjaman ASB. Pencariannya akhirnya menemui jawapan apabila ditunjukkan jalan lurus. 

Persoalan yang ditimbulkan oleh Saudara Ahmad Kamil sememangnya taraf 'abang-abang long' dan sedikit sebanyak menguji minda dan kesabaran aku. 30 minit yang genting sebenarnya apabila berdepan situasi sebegitu namun berbekalkan ilmu, fakta dan keperibadaan yang baik berjaya jua aku tepis satu per satu. Jauh teserlah pengalaman dan ketinggian ilmu saudara Ahmad Kamil.

Dua hari kemudian, saudara Ahmad Kamil datang lagi. Datang dengan persoalan yang sama sambil di selangi soalan-soalan baru yang bermutu tinggi.

Tidak cukup dengan pertemuan empat mata, saudara Ahmad Kamil acap kali menelefon aku bertanya mengenai  perkara yang sama sambil mengutarakan perbanding dan kelebihan pinjaman ASB antara bank bank lain, CIMB &  RHB misalnya.

Saudara Ahmad Kamil meminta diberi satu tempoh untuk dia berfikir. Ruang dan peluang. Bagi aku tiada masalah untuk itu dan mana yang baik anda tentukan. Ibu jari anda milik anda, anda putuskan.

Hari yang ditunggu tunggu pun tiba, saudara Ahmad Kamil yang berusia 40 an ditemani anak lelakinya datang berjumpa aku. Segala permasalahan, persoalan, kemusykilan telah diselesaikan. Ini bermakna bendera putih diangkat oleh saudara Ahmad Kamil dan kejayaan di pihak aku. Kedegilan saudara Ahmad Kamil berjaya aku lumpuhkan dan produk pinjaman ASB berjaya aku jual. Pinjaman ASB sejumlah RM100,000.00.

Aktiviti menandatangani perjanjian pun berlangsung dalam suasana meriah. Ibarat pepatah melayu 'ayam bertelur, riuh sekampung'. Selesai isu itu, timbul pula isu lain. Beberapa saat selepas sesi mengecap ibu jari, saudara Ahmad Kamil dengan lantang menanyakan berapa soalan mudah untuk aku dan sama sekali tidak berkenaan dengan urusan perbankan.

''Encik umur berapa?''

''Dah kahwin?'' 

''Dah ada calon ke belum?''


''Huhh???''

Urusniaga berjaya! Anda-anda yang lain bila lagi?

Sunday, June 26, 2011

Akademi Fantasi

Gara-gara Akademi Fantasia Final 2011 baru ini, ada satu kes yang aku akan buat-buat lupa.

Kebiasaanya, AF berlansung pada hari Sabtu dan mungkin kerana Astro berfikir di luar kotak untuk kali ini diadakan Konsert akhir pada hari Ahad.

Walaubagaimana pun, seminggu sebelum itu aku telah berjanji untuk satu perlawanan futsal pada hari AHAD pukul 9 malam dan rakan-rakan lain telah menyatakan 'setuju' untuk jemputan aku itu.

Bila berdepan keadaan yang meminta aku untuk membuat penilaian, kebiasaanya aku akan berfikir secara sederhana.

Sehari sebelum hari Sabtu iaitu hari Jumaat aku pun menghantar mesej untuk lagi 5 rakan yang lain dan mesej itu berbunyi :

''Maaf kawan-kawan, team lawan cirit birit.Cancel!''

Settle! Keh keh keh keh.

Saturday, June 18, 2011

Sepak

Cerita Bos aku


''Time aku nak keluar tadi anak aku tengah main game yang ada dalam laptop aku. Aku dengan bini aku pun lalu belakang dia nak pergi ke muka pintu depan, nak beli makanan kucing.''


''Tahu dia tanya aku apa?'' 

''Mustapa Kamal nak pergi mana?''

''Bos buat apa lepas tu bos?'' Soal aku seperti pendengar yang baik.

Aku sepak dua kali!

Kopitiam

Kejadian di siang hari, hari ini.

Selesai sesi 'selection' di padang bola sepak Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim di Alor Setar. Aku, Nash, Khai, Iqbal dan Wan bergerak untuk menghilangkan rasa haus. Iqbal yang mahir dengan selok belok jalan di Bandar Alor Setar ini memilih Kedai Kopitiam bersebelahan Bangunan Perkeso.

Acara membasahkan tekak pun bermula. Tapi sebelum itu, macam biasa kalau tiba di kedai makan, pelayan akan tiba untuk mengambil order. Tidak terkecuali kedai Kopitiam ini. Lelaki berusia separuh abad datang menjengah dengan daya ingatan yang hebat sambil menanyakan '' nak minum apa?''.

''Oren bancuh, teh o ais, bandung ais, milo ais dan laici ais''. Jawab kami berlima bertalu talu.

Seminit berlalu, pak cik tadi datang semula untuk mengupdate pesanan. Tanpa rasa marah aku membalas bagi pihak rakan rakan lain. Semoga percubaan kali kedua pak cik tadi berjaya, tegur aku didalam hati.

Tujuh minit kemudian, air pesanan pun tiba. Oren bancuh, teh o ais dan bandung ais turun satu persatu dari pautan tangan pak cik tadi. Selesai. Tanpa rasa gusar pak cik tadi menyoal untuk baki pesanan untuk percubaan kali ke tiga.


''Meer, goal hang tadi cantik''. Puji Iqbal sambil milo ais aku sedut tinggal separuh.

Tuesday, May 31, 2011

Tali pinggang keledar

Kejadian pada bulan 4 lepas tapi aku dah tak ingat hari dan tarikh bila sebab malas nak google otak & diari. Berlakunya pada waktu 'tak siang'.

Aku, Yusri PKR, Fiq dan Fitri  membawa diri ke Kuala Lumpur semula bagi menghabiskan saki baki kursus di MLC, Bangi. 3 hari di kampung memang aku tak sia-sia kan dan menikmati setiap saat di rumah. 

Pegerakan kami ke ibu kota berlangsung pada jam 10 malam. Chery keluaran negara China dipandu Fiq meluncur laju menuju ke destinasi yang satu. Seperti biasa, usai kaki di lantai kereta, tangan kanan aku gapai tali pinggang keledar dan pakai kemas-kemas. Ya, seperti biasa.

Fitri yang berada di sebelah ketawa 'kah kah kah kah kah kah kah kah kah' sambil disusuli gelakan 'hik hik hik hik hik hik hik hik' oleh Yusri sebelum di followi senyuman serius Fiq.

''Skema pakai belt!'' Jerit mereka bertiga serentak dan senada.

Aku membisu sambil mendoakan perjalanan kami selamat.
  

Tuesday, May 3, 2011

Tak Sabar Sabar

Serius rasa tak sabar, tak sabar aku nak update blog! Sebulan rasanya aku tak berdepan dengan laptop ini. Sampai je rumah dari pemergian aku bertraning di Bangi aku bergegas google ''Borak Sempoi'. Cuti 3 hari akan tidak aku sia-sia kan. Aku sign in, Alhamdulillah masih ingat dan tidak ke laut. Time sedap-sedap menaip sakit perut.Aku tahan. Betapa rindunya aku ke blog ni. Di satu tahap sakit perut berada di hujung hujung tapi aku simpan. Rindunya aku ke blog ini. Ibu Salmah pun pelik melihat keadaan anaknya yang gila taksub dengan laptopnya.

Belum sempat aku nak mencoret-coret idea-idea dan pengalaman yang mencurah-curah, aku terpikir. Tangan kanan di dahi sambil kaki di posisi bersila. Ada ke yang baca?Aku sanggup tahan berak, sibuk bertraning masih terbayang-bayang 'Borak Sempoi'. Ada ke yang setia dengan 'Borak Sempoi'? 3 followers? Gamaknya bila nak sampai 3000 followers? Agak-agak boleh carry forward @ h/b lagi ke atau kita akhiri dengan b/b?

Sampai di sini. Jumpa lagi di setahun yang akan datang.

Friday, April 1, 2011

Saman (Cerita Lapuk)

Itu hari, orang awam sibuk dengan 'adegan' bayar saman lalulintas dan aku sama sekali tidak terkecuali. 50% yang ditawarkan memang tidak dilepaskan peluang oleh rakyat Malaysia biar last minute. TV3 sibuk dengan ulasan di mana rakyat Malaysia 'lengai' dan itu dinamakan budaya. Semoga segala pembayaran yang diterima pihak kerajaan dapat disalurkan semula kepada rakyat dan bukan kepada golongan tertentu sahaja. 

Aku yang tidak pernah mempunyai saman turut berpeluang untuk merasai nikmat membayar saman. Arahan abah, aku turuti dengan hati yang ikhlas tanpa bangkangan. 

Bergegas lah aku ke Balai Polis Kepala Batas untuk membayar saman.

Dipendekkan cerita.

Sampai di Plaza tol Sungai Dua.

Lepas kereta kancil, turn aku

Aku keluarkan wang RM5 hulur ke si awek juru tol.

''Maaf Encik, sini ambil kad.'' Awek cun tadi berkata-kata sambil terpinga-pinga.

Aku pun berlalu pergi dengan penuh ketenangan.


Adegan membayar saman?Arrgghhh, aku dah lupa!

April

31/03/2011

''Malam ni macam biasa ada game futsal dekat Best Bola-bola, Mak Mandin pukul 10 malam. Kali ini friendly dengan team berek polis!'' Kerjasama itu penting aku sisipkan di hujung sms.

Mesej dihantar ke Kimi, Karim, Aham, Abdul, Nazri, Bulah & Mawi secara asing-asing dan sekali nafas.

10.13 malam
Semua datang kecuali Karim. Permainan pun bermula. Permainan cantik disusuli dengan emosi pihak lawan menambah rencah perlawanan itu.


''Woi, ada mana?'' Karim mesej aku tanpa rasa bersalah.

''Nasi Kandar Subaidah ni, minum-minum. Ada apa hal?''

''Tunggu aku datang.''

12.14 tengah malam.
Karim tiba dengan langkah bergaya dan angkuh.

''Kenapa tak turun tadi?'' Nazri tegur sebelum Karim sempat duduk.


''Oh, saja buat April fool kat hampa semua!''


Alasan macam jahanam!

Cita-cita

1994 (1 Teratai)
''Apa cita-cita kamu bila dah besar?'' Soal Cikgu Fauziah.

''Juruterbang cikgu.''

1995 (2 Teratai)
''Haa, esok dah besar nak jadi apa?'' Ujar Cikgu Mazwani.

''Juruterbang cikgu.''

1996 (3 Jati)
A'ce, member baik sekampung yang tuanya 3 tahun dari aku memulakan cerita sambil tangan sibuk berlatih main 'tepuk kad'. ''Bapak aku bawak lori gaji RM3k ke atas sebulan. Kadang dia ganti kawan dia bawa lori minyak, kadang angkut kontena, angkut barang dan kadang tu 'manusia' pun terselit sama. Gajinya lagi meriah. Sampaikan hari-hari aku  makan KFC. Dari Perlis ke Johor pergi balik hari je. Siap dapat melancong negeri orang lagi. Bapak aku bukan belajar tinggi pun, UPSR pun tak lulus. Apa lagi mahu?''

Keesokan harinya di sekolah, Cikgu Fariza meminta semua pelajar mengemaskini butir diri pada Buku Laporan Prestasi secara sendiri-sendiri.

Di ruang cita-cita aku.


'' Pemandu treler tayar 16.''

 Amacam?

Tuesday, March 29, 2011

Seram

Cerita Cik Ami

Sebagai pembantu perpustakaan di UiTM, Cik Ami perlu bekerja siang dan malam bergantung kepada Bos dia punya jadual. Kesian. Kerja yang tulus dan ikhlas mendatangkan rezeki yang halal serta berkat membuatkan Cik Ami gagah untuk berdiri di kaki sendiri.

Pada satu malam iaitu hari Khamis malam Jumaat, Cik Ami dikehendaki berkawal di bahagian kaunter seorang diri. Jam menunjukkan pukul 9.15 malam. Tiga orang pelajar masih khusyuk dengan buku dan pembelajaran masing-masing.

Seorang demi seorang pelajar yang tiga tadi beransur pulang. Beransur dengan ilmu penuh didada. Kemudian masuk ke library Cik Mun, rakan setugas Cik Ami dan bersama-sama di kaunter. Cik Mun berjaga di Bilik IT pada awalnya. 

10.15 malam
Cik Ami bergerak ke toilet pekena 'buang air'. Sunyi sepi keadaan pada ketika itu. Langsung, dia terhidu bau wangian yang entah dari mana datangnya. Cik Ami yang sememangnya heroin berlagak bijak dengan langkah seribu tanpa toleh belakang.Setel!

Sambil tercunggap-cunggap Cik Ami bergegas ke rak buku untuk melangsaikan tugasnya menyusun buku. Buku-buku yang berselerak dan belambak mengamit Cik Ami. Walaubagaimanapun, langkah Cik Ami dari muka pintu Library ke rak buku sejauh 52 langkah kaki sendiri berjalan tidak selancar biasa.

Saat dia berjalan penuh sopan dan lemah gemalai.

''Prap prap prap,''

Sedikit cemas. Bagai diekori dari belakang. Cik Aim toleh kepala ke belakang. Tiada apa yang mencurigakan.

''Prap prap.'' Cik Aim pusing badan kali ini, tiada kelibat manusia.

Keadaan semakin genting. Mulut Cik Ami mula terkumat kamit membaca doa dan surah surah yang teringat di ruang kepala.

''Prap''

''Prap''

''Prap''

Cik Ami tak ambik pusing lagi. Dia segera kan langkahannya ke rak buku dan menyusun buku dengan hati yang tenang, terkawal dan ceria.

Sekembalinya ke kaunter usai aktiviti di rak buku, Cik Mun ketawa tahap jantan tanpa peduli Cik Ami yang masih tersipu-sipu malu. 


:- Bunyi tapak selipar jamban sendiri pun dah tak boleh bezakan.Kah Kah Kah.

Wednesday, March 23, 2011

Comel

Kadang aku terpikir. Kadang aku tertanya-tanya. Kadang aku termenung-menung. Kadang aku bersoal jawab seorang diri. Apa yang bestnya kalau 'merajuk'? Jantina lelaki atau perempuan semuanya sama. Merajuk & ego tak boleh dipisahkan.

Di suatu malam, Cik Ami merajuk. Saja merajuk katanya. Aku pun terfikir lama juga dia tak buat perangai merajuk ni. Buang tabiat ke apa ni? Aku sabar dan tenang diri. Nak maki tak sampai hati, nak bagi motivasi dah tua bangka, nak beleter itu kebolehan dia sebenarnya. Sayang punya pasal aku layan kan je rajuk dia.

Rupanya comel jugak Cik Ami merajuk kan?Keh Keh Keh.

Setuju?

Result SPM

Hari ini keputusan SPM keluar.Berapa ramai yang akan terbabas? Berapa ramai yang lulus excellent?Kalau result nampak tak boleh pergi, lari kerja kilang.Budak budak yang ada maruah, motivasi lebih sambung Form 6.  

Tahun 2004 dulu result SPM aku pergi ambil pukul 8 pagi. Semangat!

Aplly cuti kerja part time Pizza Hut aku hentam kasi seminggu. Semangat!

Bangun awal, solat subuh awal, kemudian tahan tak tidur-tidur. Semangat!

Budjet pergi awal boleh balik awal segan jumpa cikgu-cikgu. Sikat rambut kemas-kemas, pakai baju hansome hansome, gerak ke sekolah. Motosikal aku basuh semalam semata-mata untuk hari bersejarah ini. Semangat!

Pukul 8 pagi tepat, aku muncul di depan muka sekolah.Hampa, awal lagi kata kerani pejabat. Disusuli pukul 8.45 pagi, sia sia lagi. Member sekelas sound ke aku time selisih di kantin. Pukul 10 pagi baru keluar result rupanya.Ceh! 

10.01 pagi.

Keadaan dalaman aku menjadi tidak stabil!Berdebar-debar rasa hati, berombak ombak, jiwa tak tenteram, jantung bergedup pantas, tangan menggeletar.

Makan roti canai awal pagi tadi pun semput. Aku berlakon tenang. Kemudian aku hulur kan tangan. Terima result dari bukan guru kelas aku (guru kelas pregnant), aku pegangg erat erat, aku belek, ushar rapat rapat dengan penuh minat dan semangat!

Alhamdullillah!Getus aku dalam hati sambil senyum kambing.

Belakang, Fikri perli dan ketawa berdekah-dekah gila tak ingat ke aku!

''Patut datang awal sangat!''

Awek

Jujur, awek awek yang boleh 'berdikari' adalah golongan wanita hebat.

Contoh mudah :

''Awak ambil saya set 'Spicy Chicken McDelux', saya pergi book tempat duduk.''

''Ala, teman la saya.''

Ceh, ujian mudah pun dah gagal!

Monday, March 21, 2011

Gambar



Ini lambang Kedamaian


Ini pula lambang Kehancuran!


Lambang Kebangkitan!



Ini pulak Feri Pulau Pinang.







Dan yang ini namanya nasi lemak untuk sarapan pagi.Jemput semua!

Thursday, March 17, 2011

Tipu Tipu

Tepat pukul 12.30 tengah hari.Bersamaan waktu makan tengah hari. Seperti kebiasaanya, perut minta diisi. Hari ini tergerak hati aku untuk mengidam nasi campur dekat Jalan McCallister, Georgetown, Pulau Pinang. Bergerak lah aku bersama motosikal berkuasa tinggi milik ku.

Selepas berpanas-panas, tiba aku ke destinasi yang dituju.

Rambang mata dibuatnya bila mana barisan lauk pauk berada di hadapan mata. Ayam goreng bahagian kepak menjadi pilihan bersama segenggam sayur kobis goreng.Untuk awek di pejabat aku tapaukan sekali lauk daging dan sup kaki ayam.

Selesai. Aku bergerak ke kaunter bayaran untuk sesi bayar membayar bersama mak cik restoren.Ntah, semacam berdebar, jantung berbolak balik bila mana mak cik itu membuat pengiraan. 

Aku menghulurkan wang kertas RM20 sebelum mak cik kedai bersuara.

''Semua sekali RM15.60.''

''Aik,saya kira dalam hati tadi amount lain pulak mak cik.''

''Eh,betul la adik.Teh ais 2 bungkus lagi kan. Dua kali dah ni haa mak cik kira''

Aku diam sambil bersabar. Pelanggan yang bersusun di belakang aku tak peduli lagi. Wajah tegas aku timbulkan di raut wajah. 

''Ok!Ok!Mak Cik kira balik ye.''Sambil kalkulator di tekan-tekan.Muka kelat.
.
.
.

RM5.50 + RM4.50 + RM1.20 + RM1.20 = RM12.40

''Eh, salah. Mak Cik salah kira.Mintak maaf ye dik.Datang lagi.''

Aku terus membisu dan senyap sampai ke office. Sedap pulak nasi lauk ayam hari ini!

Monday, March 14, 2011

Kisah seorang Warden Penjara

Bapak saudara aku seorang warden penjara.Belajar sampai ke negara China tapi minat mendalam dengan kerjaya ini memaksa beliau menunda pengajiannya sehingga sekarang.Berkhidmat di belakang tabir tembok besi merupakan satu kepuasan baginya.Perasaan puas dan sayang itu memang sukar diluah dengan kata-kata.

Digelar 'cikgu' oleh para banduan.Tugas berat setiap hari ditambah kerja yang mencabar adalah motivasi yang amat baik untuk dirinya.2 kali sehari, 6 cebok air untuk setiap kali banduan mandi, setiap kiraan adalah antara bidang tugasnya.Sangat sukar katanya!

Pernah suatu ketika,beliau memaki hamun seorang banduan kerana tidak mahu bersarapan.Sebagai akibat, pinggan plastik menjadi menu paginya.

Prinsip beliau dalam bidang kepenjaraan ini :

''Semua manusia pernah melakukan kesalahan tapi nasib tidak menyebelahi.''

Cerita bapak saudara aku lagi,ada suatu hari diadakan satu temuduga untuk jawatan Warden Penjara Gred KX17.

Bapak saudara aku yang sedang bekawal di luar curi-curi dengar interview tersebut.
Maka, masuklah seorang pemuda. 

Pegawai :Awak ada pengalaman ke? 
Pemuda :Tak ada.
Pegawai :Awak mesti dahsyat kalau dapat kerje dekat sini.
Pemuda : Kenapa tuan?
Pegawai : Banduan di sini ganas-ganas semuanya. Boleh ke awak handle?
Pemuda : Oh.Tak ada masalah. Kalau diorang menyusahkan saya, saya keluarkan je.



:- Bapak saudara aku beristighfar bertalu-talu sambil menggeleng-geleng kepala dua tiga kali lalu di dalam hatinya terdetik untuk berhenti kerja dan sambung belajar ke negeri China.


Ok, yang hal interview tu aku tipu.

Uncle Kurier

11/03/2011

''Assalamualaikum Uncle, ada pick-up ek.''

''Ok.Affin Bank?''

''Bukan.Syarikat Rodziah.''

''Ok.Ok.''

''Thank You Uncle.''

Maklumat Peribadi Uncle.
Nama : Rama
Nama majikan: City-Link
Umur: 43
Makanan Kegemaran: Tosey & Roti pisang.
Minuman Kegemaran: Teh tarik  
Agama : Hindu


:- Kejadah apa woi bagi salam!Kah Kah Kah.

Thursday, March 10, 2011

Praktikal

(Pengalaman paling sabar dan paling menyeksakan jiwa!)

Hujung bulan April 2009, 8 minit selepas selepas waktu asar .
Tamat exam Makroekonomi Pertengahan menandakan pengajian aku selama 6 semester bakal tamat.Cuma?

''Hang dapat pratikal dekat mana?''
''Danga Korban Sdn Bhd kot, Pusat Praktikum baru telefon bagitau aku''.Jawab aku acuh tak acuh sambil mengorder  air bandung di Kedai air Abang Jef.

Sambil berlalu ke meja makan Hilmi menyoal lagi sesoalan sambil sengeh melampau.

''Apa yang buruk sangat nama tempat praktikal kau tu?Aku nya tempat praktikal tak tahu lagi ni.''

''Sabar,Tuhan sayang orang yang SABAR.Ntah,aku pun takut dengar bunyi nama company tu tapi tak apa malam nanti aku google.''Balas aku hati separuh berdebar.

Goreng pisang di dalam mulut aku kunyah-kunyah sampai lumat sambil melihat tiga empat orang junior mengangkat bagasi masing-masing.

Syarat untuk tamat pengajian : a) Tesis b) Tambah paper c) Praktikal

''Praktikal ni bagus,nanti mana tahu dia serap kau.Atleast kau paham la apa itu 'kerja'.Biar kerja kau hari-hari bancuh kopi dan phototat kurang-kurang kau tahu bancuh kopi.Persiapan untuk kau bekerjaya nanti,ada la kau dengan secebis pengalaman tu.Busuk-busuk sangkut dengan makwe dekat situ pun kira orait kan''Cerita senior Aina bersungguh-sungguh semasa hari konvokesyennya.

''Adalah dengan ini, anda dikehendaki melaporkan diri di Daya Qurban Saintifik Sdn Bhd. pada sekian tarikh.''Aku menerima surat rasmi dari Pusat Praktikum UUM dengan tabah dan pasrah.Semacam semangat tercipta di dada,tak sabar aku nak menempuh cabaran baru dan membina tapak untuk kejayaan di masa hadapan.Wajah mak abah terus tebayang, moga aku dapat membalas budi mereka segera.Chewaahh!

Hari pertama di DQS aku mulakan dengan langkah kanan. Sesi Ta'lim, sesi perkenalan diri dan organisasi serta perjumpaan dengan staf lain, sebelum disudahi dengan Surah Al' Asr dan Tasbih Kaffarah.Sejuk hati aku untuk hari pertama di DQS.

Tamat!

Tuesday, February 1, 2011

Alang-Alang

Semuanya tentang Bola.
  • David Luiz Moreira Marinho 
  • Fernando José Torres Sanz
:- Akibat kemasukan kedua-dua individu di atas ke kancah EPL.Malam-malam minggu aku akan bertambah menarik dan mengujakan.Perebutan remote control akan menjadi sengit. Semoga mak abah tidak berminat lagi dengan Cerekarama TV3 & kakak dengan channel baratnya.Kepada kawan-kawan,tiada lagi futsal di malam minggu kecuali datang dengan alasan munasabah.Suapan main free, team lawan hebat,char koey teow percuma & nasi lemak Nashmir akan tetap aku tolak.

Alang-alang ter entry hal bola sepakkan.Teringat main bola sepak dulu-dulu.

Tahun 1999 adalah nostalgia paling akan aku kenang sepanjang karier aku sebagai pemain bola sepak.Walaupun status aku hanya lah pemain 'kecil-kecilan'. Tidak sehebat Messi dan sepopular Khairul Fahmi.Sepanjang 14 tahun aku bermain bola sepak, tahun itulah aku tak akan lupa sampai bila-bila. Kejayaan di Universiti mewakili kolej, sekolah menengah sebagai pasukan belasahan tidak sama dengan mengondol tempat ke 3 bagi Zon Bukit Mertajam. Dengan kekuatan pemain-pemain kampung sekitar,ketinggian ala-ala Ibrahim Pendek dan sekolah yang terkenal dengan permainan sepak takraw, kami membawa maruah pasukan selaku pasukan underdog untuk kejohanan kali ini kerana sebelum ini senior-senior kami terbabas di peringkat kumpulan.Lemah!Berikut pemain utama pasukan SKPTK batch 1999!

Dibarisi penjaga gol : Mohd Lemon.
Pertahanan : Faris Bunga & Jae Maldini (Bek tengah), Hamsari (Bek kiri).Shukri Loqlik (Bek kanan).
Midfield : Helmy Chop (DM), Aku (AM),Yaya Touré (CM).
Penyerang : Anuar Harun, Mad Faisal (Penyerang kidal) & Mie Din (Penyerang kanan).

Berbekalkan posisi 4-3-3, semua perlawanan persahabatan kami lalui dengan mudah.Tiada cabaran dan sekadar berpeluh manja. Dibimbing oleh Ustaz Ghaffar dan dibantu oleh jurulatih berkulit hitam, panggilan manjanya pada masa itu adalah abang. Nama betul aku lupa.

Kejohanan Bola Sepak 12 tahun MSSPP Zon Bukit Mertajam nama kejohanan diberi. Tiba pada hari perlawanan sebenar, masing-masing berdebar dan bersemangat untuk mempamerkan kebolehan masing-masing.SK Stowell dipilih untuk menjadi saksi kebangkitan SKPTK kali ini.

Perlawanan pertama berdepan SK Bukit Teh kalau tak salah, kami ter score 6 bijidisusuli membenam SK menkuang 9 gol berbalas 0.Kemahiran individu setiap pemain serta taktikal Ustaz amat membantu. Status Ustaz Ghaffar sebagai seorang ustaz turut memudahkan perjalanan kami biar pun masing-masing pemain berseluar pendek. Itu tidak termasuk bantuan aku dengan lorongan-lorongan cantik dan bersih serta kemahiran menggelecek pemain lawan dikatakan punca kami menang bergaya.

Dua perlawanan dengan kemenangan meyakinkan cikgu-cikgu dan seluruh warga sekolah bahawasanya kami boleh pergi jauh. Mandat dan tanggungjawab yang kami pikul sebenarnya lebih berat apabila digelar bintang-bintang sekolah. Bergerak ke kantin dipandang dengan seyuman.Masuk ke bilik guru dipuji-puji oleh guru-guru. Berjalan berseorangan dikenyit mata oleh awek-awek.Tapi, di dalam kelas di hentam-hentam kerana tidak siapkan kerja sekolah.Hidup ini tidak adil!

2 hari berikutnya kami bertemu dengan SK Bukit Minyak. SK Bukit Minyak adalah antara calon favourite untuk mara ke final.Tamat permainan berkesudahan dengan seri 2-2.Sepakan volley cantik aku untuk gol pertama wajar diberikan pujian. 

Rasuah permulaan disebabkan kejayaan muncul juara kumpulan kami dibawa ke Air Terjun Junjung dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan SK Kulim. Banyak lagi khabar angin ketika itu bahawa kami akan ditaja jersi,wang ringgit, makan besar dan percutian.Walaubagaimanapun Guru Besar mengambil langkah mendiamkan diri.

Apa yang pasti kami dijanjikan 'penyokong' pada perlawan separuh akhir nanti.Bukan calang-calang penyokong kerana pelajar wanita turut dipelawa.Sehari sebelum perlawanan surat cinta bertebaran di sekolah dengan kata-kata semangat dan azimat dari makwe-makwe sekolah untuk kami.Biar malu dan teruja, demi sekolah tecinta, rela berjuang sehingga ke titisan peluh terakhir.


Selaku juara kumpulan kami ditemukan dengan SK Tanah Liat di separuh akhir. Kecederaan Mohd Lemon ketika latihan dan kehadiran makwe-makwe sedikit sebanyak menganggu fokus pasukan. Sasaran pada mulanya untuk ke separuh akhir telah kami capai. Namun disebabkan kekuatan pasukan pada masa itu, Ustaz ghairah untuk melihat kami muncul Johan.

Memasuki padang SK Stowell dengan jaket pemberian sekolah menambahkan keyakinan kami para pemain.
Permainan yang cantik dan diselangi aksi serang menyerang disajikan kedua pasukan. Permainan one two oleh aku dan Mad Faisal mudah dipatahkan. Crossing Mie Din turut tidak berhasil.Sepakan jauh ala-ala Xabi Alonso dari Helmy Chop sia-sia.Manakala kesungguhan aku merencana bahagian tengah turut tidak mendatangkan hasil.Tamat perlawanan.

Air mata jantan masing-masing mengalir menandakan kami tewas dua gol tanpa balas.Masing-masing terduduk hiba.Makwe-makwe di sekeliling tidak lagi kami peduli.

Cik Ad yang datang dengan basnya mengiyakan lagi kekalahan pasukan kami. Pulang dengan kekecewaan umpama ditusuk sembilu tajam.Pemain SK Tanah Liat sedikit pun tidak berasa simpati malah memandang kami dengan senyuman sinis.

Bak kata orang tua-tua 'yang lepas biarkan berlalu', aku dan rakan-rakan lain amati dan jadikan semangat untuk menghadapi SK Stowell bagi penentuan tempat 3/4.

Selaku penganjur, pintu gerbang SK Alma Jaya kami masuk dengan harapan untuk menebus maruah tewas di separuh akhir.Ketajaman penyerang, kekentalan barisan pertahanan pada masa itu serta ke-kretivitif-an aku akhirnya pasukan SKPTK menang mudah 4-0 ke atas SK Stowell.SK Guar Perahu pula muncul Johan Zon Bukit Mertajam selepas menewaskan SK Tanah Liat di perlawanan akhir.

Di sekolah kami dirai bak wira biar sekadar tempat ke 3.Setelah sekian lama rasanya sekolah tidak memperoleh kejayaan dalam sukan bola sepak kejayaan skuad 1999 mendatangkan rasa gentar dan takut pasukan lawan.Apa yang lebih pasti,'saham' para pemain meningkat mendadak.Keh keh keh.


:- Jalan cerita adalah benar dan ditokok tambah bahagian-bahagian yang tak ingat.Benda dah lama berkarat sudah.Penulis beroleh idea untuk mengisahkan cerita ini selepas bersembang dengan rakan-rakan yang selepas 11 tahun tidak berjumpa.Faceebook punya angkara!

Friday, January 28, 2011

Cerita Rakan Sekerja.

Kak Pejabat : Hello.Abang ada dekat mana?Angah telefon tadi,buku Nilam dia tertinggal.Dia baru telefon sayang.
Si Suami : Kerja la dekat kilang ni.Macam-macam budak tu.Ye la,ye la.Abang pergi la balik rumah hantar buku tu kejap.
Kak Pejabat : Ok.Dekat atas meja dia tau.Kelas dia pukul 5 petang.

Selesai bergayut aku soal si akak pejabat.

''Kenapa kak?''

''Anak akak tertinggal buku.''

''Ooo,bagus kan abang dan anak akak kan.''Aku memuji.

Himpunan Lawak-lawak Bijak

1.Cium Isteri
Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami.
Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami :Kenapa?
Isteri :Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang
kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betul lah
mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami :Nak mampus. Mana abang kenal isteri dia?"

2.Bunuh Setan
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau, si isteri
menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.
"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang kan dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan".
Suami : "Yer ke? Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan, betul tak sayang?"(sambil ketawa). Isteri hanya tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata
"Bang, jom kita bunuh syaitan bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata "bang, jom kita bunuh syaitan bang".
"Ok,tak pe, tunggu lah malam".
Esoknya si isteri berkata : "Bang, jom kita bunuh syaitan bang".
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata."Bang, jom kita bunuh syaitan. ".
Si suami tiba - tiba marah dan berkata :
"Ayang ni nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang?"

3.Pak Pandir menunjukkan Kepandaiannya.
Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpa seketul taik/tahi yang masih panas. Tapi dia masih confuse sama ada betul ke benda yang dia jumpa tu seketul taik.
Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat itu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.Pak pandir tengok dengan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata :
"Bentuk macam taik." Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata:
"Lembik, macam taik." Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik itu, lepas tu dia berkata :
"Bau macam taik."
Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...
"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!"

4.Mamak dapat Anak.
Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.
Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak : Saya bini juga hantar surat India mari.
Ali : Apa dia cakap? Tentu good news.
Mamak : Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!Ayo yo.Saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali : Tahniah! Mamak,ini kena balik India cepat ni?
Mamak : Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali : Ler?

5. Kisah 2 ekor Burung.
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.
Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja.
Datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata kepada si penjual burung.
Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini?
Penjual : Kalau yang suka menyanyi itu RM500, yang diam itu RM1000.
Pembeli : Aik? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual : Ya,mesti berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.

6.Belajar Bahasa English.
Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau & huru hara suatu hari terlanggar
seorang pelancong US ketika berjalan-jalan di The mall.
Gadis : " I'm sorry".
Pelancong : " I'm sorry, too".
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh
pelancong itu.Lalu dia meneka-neka dan terus menjawab..
Gadis : " I'm sorry. three".
Pelancong : " What are you sorry for?"
Gadis : "I'm sorry, five".

7.Kek Hari Jadi.
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek semperna hari jadi isterinya.
"Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
"Tulis saja 'sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas, kemudian sambung dengan 'sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah," kata lelaki itu.
Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain.
Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu :
"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

8.Anak siapa?
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy : Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah : Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy : Tapi mengapa?
Ayah : (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu.Tapi, jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu, Suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy : Ibu, ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu : Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi :Tapi kata ayah, Robert itu abang saya.Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu : (Separuh berbisik) Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy : Ha!?!

9.Kisah Suami Isteri
Sepasang Suami Isteri. Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar,
di atas katil, sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu.
Si isteri bersuara : "Dulu-dulu tu, abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido.
" Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, pas tu mula mengantuk semula.
Beberapa ketika selepas itu, si isteri bersuara lagi :
"Kemudian tu, abang selalu cium saya." Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya
dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.
Pas tu sambung tidur balik.
Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi :
"Kemudian tu, abang selalu gigit-gigit leher saya."Dengan perasaan marah dan geram,
si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.
Si isteri bertanya :
"Abang nak gi mana tu?"
Dengan marah suaminya menjawab :
"Nak pergi ambik gigi!"

10. Cuti.
Seorang bos entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari ni. Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari ni dia bagi tapi alasannya mesti lah munasabah.
Ha! Alasannya mestilah pasal sembahyang jer!Tau-tau ha; macam tu ada 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal..
Pekerja 1 : Assalamualaikum Bos, boleh saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah bos, boleh tak?Boss : Tak boleh! Kat sini kan ada surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya!
Pekerja 2 : Saya boleh balik awai kot Bos?
Bos : Hang apa pasai?
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang lehoq ke tak? Ntah-ntah dia ponteng.
Bos : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3 : Salam sejahtera Bos!
Bos : Ha, apa pasal pulak ni? Nak balik awal gak ke?
Pekerja 3 : Err!Ye boss, boss baik!Hehe.
Bos : Alasan apa lak engkau ni?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati..Ada orang kampung saya meninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah. Boleh kot bos ye pulang awal?
Bos : Tak bolehhh!Itu fardzu kifayah je! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!Dah, pergi buat kerja.
Pekerja 4 : Assalamualaikum Bos! Saya nak balik awal boleh tak hari ni?
Bos : Kenapa?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kata dia dah boleh sembahyang!
Boss : Ye ker? Ha, kalau begitu awak baliklah.Kesian awak dah seminggu menunggu!
Pekerja 4 : Terima Kasih Bos! Hehe.

:- Tamat!Hehe.Moga hilang tension & bosan gamaknya.

Monday, January 10, 2011

Namanya Lelaki

Khamis, 06-01-2011.

Seperti biasa, Aku sampai office lewat lagi hari ini.

Tak sempat nak bersarapan walaupun dengan seteguk air puteh.Itu belum mandi style kerbau,lap badan separuh basah dan EX5 tak sempat panas.

Masuk je dalam office terus aku on komputer dan sign in email dan facebook.Sambil aku capai Metro Kak Ira yang akan dibelinya setiap hari.Mungkin bosan menunggu feri gamaknya.

Dengan tidak semena-mena.
Tiba-tiba,perut aku berbunyi laju.Kencang.Aku tak tahan lagi.

''Saya pergi turun tapau nasi kejap ye akak.''
''Akak nak juga ke?''. Soal aku berturut-turut kepada Kak Ira,rakan sepejabat.

Aku capai wang kertas warna biru dua helai dari Kak Ira lalu aku bergegas turun.

Berdekatan dengan bangunan tempat aku kerja ada sebuah food court cina tapi di situ turut terselit juga kedai menjual makanan halal milik bumiputera.Destinasi aku adalah kedai paling hadapan berdepan dengan jalan besar menjual nasi lemak.Nasi lemak di situ agak popular dan laris walaupun harganya agak tidak munasabah.Sedap punya pasal,apa hal sangat la kan.

Walaubagaimanapun, aku harus melalui dua blok bangunan yang menempatkan Am Bank dan sebuah Cafe milik bukan bumiputera.Berjalan menggunakan kaki sambil mata liar memandang sekeliling merupakan satu fenomena dan buatkan aku sangat teruja menikmati panorama pada masa itu.Tambahan pula dengan dressing dan grooming para pekerja wanita bukan bumiputera.Sedikit sebanyak aku tergugat dan perasaan ingin memandang terus terzahir.

Yes!Aku mesti lapar setiap pagi.Adu aku di dalam hati.

Food Court Sri Weld memang menjadi tumpuan ramai sewaktu pagi dan tengah hari kerana fitrah manusia apabila lapar haruslah mencekik.Di tambah pula tempat makan itu strategik dikelilingi oleh bank-bank, office-office besar, pejabat-pejabat kerajaan dan terletak di tepi jalan besar.Potensi/kebarangkalian untuk maju dan kaya raya bagi setiap pengusaha di Food Court tersebut adalah tinggi.Malah pelancong asing turut kelihatan untuk menjamu selera di situ.

Siap tapau 3 bungkus nasi lemak yang setiap satu berharga RM1.50 aku terus berjalan pulang ke office sambil mata liar melihat panorama indah di sekelilingnya.Berbagai ragam.Manis-manis semuanya.

Sedang aku jalan  melintasi Am Bank, dua orang mamat sedang menghisap Dunhill dan aku syaki pekerja bank tersebut. Mata masing-masing galak memandang orang lalu lalang. Asyik bersembang sambil tangan salah seorang dari mereka  menuding ke seorang amoi muda, mata tak kelip.

Sayup-sayup aku terdengar bualan tersebut.Keh keh keh keh keh.


:- Kalau dah lelaki,selamanya lelaki.Lebih kurang sama!

Monday, January 3, 2011

Celah-celah Kehidupan

Pak Mad separuh 'betul tak betul' masuk ke office aku dengan isterinya berumur dalam lingkungan 40-an.Bersama seorang pegawai polis unit penyiasatan dari Negeri Sembilan yang juga sebagai vendor kepada Pak Mad bagi urusan belian rumah teres di Baling miliknya.

Pak Mad yang berusia 60-an bersama isteri bekerja di salah sebuah kilang kayu di Kulim. Tinggal di sebuah rumah sewa kampung milik orang melayu yang perjalanan ke tempat kerjanya mengambil masa 30 minit perjalanan menaiki EX5 buruknya.Perkahwinan kedua bagi Pak Mat dan anak-anak tidak mempedulikannya.Isterinya masih dara dan mempunyai simpanan wang yang baik termasuklah hasil potongan wang KWSP.

Itu mukadimah Pak Mad & isterinya.

Kesedaran dan rasa simpati abang polis terhadap Pak Mat merelakan rumah miliknya dijual pada harga kemanusiaan.Value sebenar tersebut dianggarkan mencecah RM60,000.00.Kesibukan abang polis dengan fail-fail menimbun di pejabat membataskan beliau untuk menyelesaikan urusan perjualan rumahnya dan alang-alang menghadiri kenduri kahwin di kampung beliau berniat untuk menyempurnakan segala yang bertangguh. Hal-hal jenayah dan aktiviti yang boleh mengugat keamanan ditolak ke tepi semuanya kerana Pak Mat yang bukanlah seorang Perdana Menteri, Menteri Pengangkutan, Tan Sri Tan Sri atau Datuk Datuk mahu pun ahli perniagaan tetapi hanya seorang pekerja kilang bergaji bawah RM800.00.

Sedang asyik berbincang mengenai pinjaman,insurans dan proses petukaran hak milik dengan nada sedih dan jitu Pak Mat tiba tiba mengalirkan perasaan hiba.

''Tahu Pak Cik dah tua,bodoh,benggap,miskin,kurang akal tapi Pak Cik pun manusia biasa, simpatinya sekelumit menindas lebih!,''jerit Pak Mat separuh nangis sambil setitik dua air mata jatuh ke bumi.

''Kesian,'' Getus hati kecil ku yang hiba.

Sewa rumah ditipu.Gaji ditipu.Majikan penipu.Anak-anak pun penipu.

Dugaan untuk Pak Mat.

Matematik Moden

Cinta monyet aku bermula di usia 17 tahun. Alhamdulillah! Ok. Kisahnya bermula begini dan dikisahkan sebegini.

Perpustakaan Pulau Pinang menjadi tempat perjumpaan dan rujukan kami apabila berlaku krisis, selisih paham,permasalahan malah tempat untuk berpacaran dan matlamat utama adalah menuntut ilmu bersama-sama.Hal ini sebenarnya sedikit sebanyak mengaburi banyak pihak termasuk ibu bapa kami dan masyrakat umumnya.Bak kata pensyarah aku, study group make perfect .Gosip liar dan mengadu domba tetap kami praktikkan semasa bertemu.Tapi aku borak je lebih. Nak kenal hati budi lebih kena borak lebih sikit dari study.Ye tak?

Terletak di Seberang Jaya,berhampiran Pusat Kesihatan dan Wisma TNB.Tempatnya ok, kemudahannya ok, staf pun ok.Ok,semua ok-ok sahaja.Sini lah!

10.10.2004 (SPM 2004)

Hari itu selepas makan tengah hari berlaukkan ayam goreng dan kuah campur hasil tangan mak aku, dengan motosikal EX5 plat PCR (aku ada cerita pasal PCR9832,nanti aku entrykan) aku gerak ke Library.

Seperti biasa,Cik Ami menunggu dengan bersungguh-sungguh dan bermuka manis.

Pikir punya pikir,kami putuskan untuk belajar matematik moden. Hazwani, yang menemani Cik Ami segera aku halau ke meja sebelah bagi beroleh privacy agar aku dapat fokus dengan ilmu mataematik moden ini.

Berbekalkan soalan past year Cik Ami bawa, kami pun mulakan pembelajaran dengan khusyuk.Harapkan aku bawa past year, pakai tak la kan.Study pun malas.Bayangkan kalau kat kelas aku 27 perempuan dan lelaki ada 3 orang,macam mana aku nak fokus time Cikgu Lela, Cikgu Rozita, Cikgu Aniqah, Teacher Loh Anna dan Ustazah Azah mengajar?

30 minit berlalu,aku mengeluh malu. Dalam banyak-banyak soalan tadi aku sepatah haram tak paham.Dari persamaan kuadratik,teoram pithagoras,kekerapan,penjelmaan,premis,persamaan linear,perimeter & luas, kebarangkalian, matrik, poligon, set semesta, skala dan banyak lagi topik yang aku dah tak ingat untuk kertas 2.Sebab kertas 1 mudah,boleh teka serta tembak!

Ya, bab paling aku best ialah lukis graf, rasanya pembaris fleksibel aku beli 7 semua patah buat soalan ini.

Berbekalkan sikap sabar dan penyayang Cik Ami terus memberi aku galakan dan tunjuk ajar.Aku bersemangat kembali berjuang dan sayang dengan matematik.Hero hindustan memang loser time starting.Tanpa jemu dan lesu aku dididik sehingga kejantanan aku sedikit tegugat.

Benci aku ke matematik moden tak sama aku benci matematik tambahan sebab matematik tambahan lagi aku benci.Walaubagaimanapun ketokohan Al-Khawarizmi tetap aku sanjung.


:- Hasil daripada kesungguhan kami berdua 'berdating' di Perpustakaan itu. Matematik Moden aku 1A,Cik Ami terkucir 2A.Sampai bila pun aku terhutang budi.Kah Kah Kah.