Seperti biasa, Aku sampai office lewat lagi hari ini.
Tak sempat nak bersarapan walaupun dengan seteguk air puteh.Itu belum mandi style kerbau,lap badan separuh basah dan EX5 tak sempat panas.
Masuk je dalam office terus aku on komputer dan sign in email dan facebook.Sambil aku capai Metro Kak Ira yang akan dibelinya setiap hari.Mungkin bosan menunggu feri gamaknya.
Dengan tidak semena-mena.
Tiba-tiba,perut aku berbunyi laju.Kencang.Aku tak tahan lagi.
''Saya pergi turun tapau nasi kejap ye akak.''
''Akak nak juga ke?''. Soal aku berturut-turut kepada Kak Ira,rakan sepejabat.
Aku capai wang kertas warna biru dua helai dari Kak Ira lalu aku bergegas turun.
Berdekatan dengan bangunan tempat aku kerja ada sebuah food court cina tapi di situ turut terselit juga kedai menjual makanan halal milik bumiputera.Destinasi aku adalah kedai paling hadapan berdepan dengan jalan besar menjual nasi lemak.Nasi lemak di situ agak popular dan laris walaupun harganya agak tidak munasabah.Sedap punya pasal,apa hal sangat la kan.
Walaubagaimanapun, aku harus melalui dua blok bangunan yang menempatkan Am Bank dan sebuah Cafe milik bukan bumiputera.Berjalan menggunakan kaki sambil mata liar memandang sekeliling merupakan satu fenomena dan buatkan aku sangat teruja menikmati panorama pada masa itu.Tambahan pula dengan dressing dan grooming para pekerja wanita bukan bumiputera.Sedikit sebanyak aku tergugat dan perasaan ingin memandang terus terzahir.
Yes!Aku mesti lapar setiap pagi.Adu aku di dalam hati.
Food Court Sri Weld memang menjadi tumpuan ramai sewaktu pagi dan tengah hari kerana fitrah manusia apabila lapar haruslah mencekik.Di tambah pula tempat makan itu strategik dikelilingi oleh bank-bank, office-office besar, pejabat-pejabat kerajaan dan terletak di tepi jalan besar.Potensi/kebarangkalian untuk maju dan kaya raya bagi setiap pengusaha di Food Court tersebut adalah tinggi.Malah pelancong asing turut kelihatan untuk menjamu selera di situ.
Siap tapau 3 bungkus nasi lemak yang setiap satu berharga RM1.50 aku terus berjalan pulang ke office sambil mata liar melihat panorama indah di sekelilingnya.Berbagai ragam.Manis-manis semuanya.
Sedang aku jalan melintasi Am Bank, dua orang mamat sedang menghisap Dunhill dan aku syaki pekerja bank tersebut. Mata masing-masing galak memandang orang lalu lalang. Asyik bersembang sambil tangan salah seorang dari mereka menuding ke seorang amoi muda, mata tak kelip.
Sayup-sayup aku terdengar bualan tersebut.Keh keh keh keh keh.
:- Kalau dah lelaki,selamanya lelaki.Lebih kurang sama!
No comments:
Post a Comment