Friday, January 28, 2011

Cerita Rakan Sekerja.

Kak Pejabat : Hello.Abang ada dekat mana?Angah telefon tadi,buku Nilam dia tertinggal.Dia baru telefon sayang.
Si Suami : Kerja la dekat kilang ni.Macam-macam budak tu.Ye la,ye la.Abang pergi la balik rumah hantar buku tu kejap.
Kak Pejabat : Ok.Dekat atas meja dia tau.Kelas dia pukul 5 petang.

Selesai bergayut aku soal si akak pejabat.

''Kenapa kak?''

''Anak akak tertinggal buku.''

''Ooo,bagus kan abang dan anak akak kan.''Aku memuji.

Himpunan Lawak-lawak Bijak

1.Cium Isteri
Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami.
Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami :Kenapa?
Isteri :Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang
kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betul lah
mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami :Nak mampus. Mana abang kenal isteri dia?"

2.Bunuh Setan
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau, si isteri
menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.
"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang kan dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan".
Suami : "Yer ke? Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan, betul tak sayang?"(sambil ketawa). Isteri hanya tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata
"Bang, jom kita bunuh syaitan bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata "bang, jom kita bunuh syaitan bang".
"Ok,tak pe, tunggu lah malam".
Esoknya si isteri berkata : "Bang, jom kita bunuh syaitan bang".
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata."Bang, jom kita bunuh syaitan. ".
Si suami tiba - tiba marah dan berkata :
"Ayang ni nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang?"

3.Pak Pandir menunjukkan Kepandaiannya.
Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpa seketul taik/tahi yang masih panas. Tapi dia masih confuse sama ada betul ke benda yang dia jumpa tu seketul taik.
Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat itu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.Pak pandir tengok dengan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata :
"Bentuk macam taik." Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata:
"Lembik, macam taik." Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik itu, lepas tu dia berkata :
"Bau macam taik."
Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...
"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!"

4.Mamak dapat Anak.
Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.
Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak : Saya bini juga hantar surat India mari.
Ali : Apa dia cakap? Tentu good news.
Mamak : Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!Ayo yo.Saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali : Tahniah! Mamak,ini kena balik India cepat ni?
Mamak : Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali : Ler?

5. Kisah 2 ekor Burung.
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.
Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja.
Datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata kepada si penjual burung.
Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini?
Penjual : Kalau yang suka menyanyi itu RM500, yang diam itu RM1000.
Pembeli : Aik? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual : Ya,mesti berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.

6.Belajar Bahasa English.
Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau & huru hara suatu hari terlanggar
seorang pelancong US ketika berjalan-jalan di The mall.
Gadis : " I'm sorry".
Pelancong : " I'm sorry, too".
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh
pelancong itu.Lalu dia meneka-neka dan terus menjawab..
Gadis : " I'm sorry. three".
Pelancong : " What are you sorry for?"
Gadis : "I'm sorry, five".

7.Kek Hari Jadi.
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek semperna hari jadi isterinya.
"Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
"Tulis saja 'sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas, kemudian sambung dengan 'sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah," kata lelaki itu.
Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain.
Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu :
"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

8.Anak siapa?
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy : Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah : Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy : Tapi mengapa?
Ayah : (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu.Tapi, jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu, Suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy : Ibu, ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu : Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi :Tapi kata ayah, Robert itu abang saya.Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu : (Separuh berbisik) Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy : Ha!?!

9.Kisah Suami Isteri
Sepasang Suami Isteri. Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar,
di atas katil, sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu.
Si isteri bersuara : "Dulu-dulu tu, abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido.
" Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, pas tu mula mengantuk semula.
Beberapa ketika selepas itu, si isteri bersuara lagi :
"Kemudian tu, abang selalu cium saya." Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya
dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.
Pas tu sambung tidur balik.
Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi :
"Kemudian tu, abang selalu gigit-gigit leher saya."Dengan perasaan marah dan geram,
si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.
Si isteri bertanya :
"Abang nak gi mana tu?"
Dengan marah suaminya menjawab :
"Nak pergi ambik gigi!"

10. Cuti.
Seorang bos entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari ni. Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari ni dia bagi tapi alasannya mesti lah munasabah.
Ha! Alasannya mestilah pasal sembahyang jer!Tau-tau ha; macam tu ada 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal..
Pekerja 1 : Assalamualaikum Bos, boleh saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah bos, boleh tak?Boss : Tak boleh! Kat sini kan ada surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya!
Pekerja 2 : Saya boleh balik awai kot Bos?
Bos : Hang apa pasai?
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang lehoq ke tak? Ntah-ntah dia ponteng.
Bos : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3 : Salam sejahtera Bos!
Bos : Ha, apa pasal pulak ni? Nak balik awal gak ke?
Pekerja 3 : Err!Ye boss, boss baik!Hehe.
Bos : Alasan apa lak engkau ni?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati..Ada orang kampung saya meninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah. Boleh kot bos ye pulang awal?
Bos : Tak bolehhh!Itu fardzu kifayah je! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!Dah, pergi buat kerja.
Pekerja 4 : Assalamualaikum Bos! Saya nak balik awal boleh tak hari ni?
Bos : Kenapa?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kata dia dah boleh sembahyang!
Boss : Ye ker? Ha, kalau begitu awak baliklah.Kesian awak dah seminggu menunggu!
Pekerja 4 : Terima Kasih Bos! Hehe.

:- Tamat!Hehe.Moga hilang tension & bosan gamaknya.

Monday, January 10, 2011

Namanya Lelaki

Khamis, 06-01-2011.

Seperti biasa, Aku sampai office lewat lagi hari ini.

Tak sempat nak bersarapan walaupun dengan seteguk air puteh.Itu belum mandi style kerbau,lap badan separuh basah dan EX5 tak sempat panas.

Masuk je dalam office terus aku on komputer dan sign in email dan facebook.Sambil aku capai Metro Kak Ira yang akan dibelinya setiap hari.Mungkin bosan menunggu feri gamaknya.

Dengan tidak semena-mena.
Tiba-tiba,perut aku berbunyi laju.Kencang.Aku tak tahan lagi.

''Saya pergi turun tapau nasi kejap ye akak.''
''Akak nak juga ke?''. Soal aku berturut-turut kepada Kak Ira,rakan sepejabat.

Aku capai wang kertas warna biru dua helai dari Kak Ira lalu aku bergegas turun.

Berdekatan dengan bangunan tempat aku kerja ada sebuah food court cina tapi di situ turut terselit juga kedai menjual makanan halal milik bumiputera.Destinasi aku adalah kedai paling hadapan berdepan dengan jalan besar menjual nasi lemak.Nasi lemak di situ agak popular dan laris walaupun harganya agak tidak munasabah.Sedap punya pasal,apa hal sangat la kan.

Walaubagaimanapun, aku harus melalui dua blok bangunan yang menempatkan Am Bank dan sebuah Cafe milik bukan bumiputera.Berjalan menggunakan kaki sambil mata liar memandang sekeliling merupakan satu fenomena dan buatkan aku sangat teruja menikmati panorama pada masa itu.Tambahan pula dengan dressing dan grooming para pekerja wanita bukan bumiputera.Sedikit sebanyak aku tergugat dan perasaan ingin memandang terus terzahir.

Yes!Aku mesti lapar setiap pagi.Adu aku di dalam hati.

Food Court Sri Weld memang menjadi tumpuan ramai sewaktu pagi dan tengah hari kerana fitrah manusia apabila lapar haruslah mencekik.Di tambah pula tempat makan itu strategik dikelilingi oleh bank-bank, office-office besar, pejabat-pejabat kerajaan dan terletak di tepi jalan besar.Potensi/kebarangkalian untuk maju dan kaya raya bagi setiap pengusaha di Food Court tersebut adalah tinggi.Malah pelancong asing turut kelihatan untuk menjamu selera di situ.

Siap tapau 3 bungkus nasi lemak yang setiap satu berharga RM1.50 aku terus berjalan pulang ke office sambil mata liar melihat panorama indah di sekelilingnya.Berbagai ragam.Manis-manis semuanya.

Sedang aku jalan  melintasi Am Bank, dua orang mamat sedang menghisap Dunhill dan aku syaki pekerja bank tersebut. Mata masing-masing galak memandang orang lalu lalang. Asyik bersembang sambil tangan salah seorang dari mereka  menuding ke seorang amoi muda, mata tak kelip.

Sayup-sayup aku terdengar bualan tersebut.Keh keh keh keh keh.


:- Kalau dah lelaki,selamanya lelaki.Lebih kurang sama!

Monday, January 3, 2011

Celah-celah Kehidupan

Pak Mad separuh 'betul tak betul' masuk ke office aku dengan isterinya berumur dalam lingkungan 40-an.Bersama seorang pegawai polis unit penyiasatan dari Negeri Sembilan yang juga sebagai vendor kepada Pak Mad bagi urusan belian rumah teres di Baling miliknya.

Pak Mad yang berusia 60-an bersama isteri bekerja di salah sebuah kilang kayu di Kulim. Tinggal di sebuah rumah sewa kampung milik orang melayu yang perjalanan ke tempat kerjanya mengambil masa 30 minit perjalanan menaiki EX5 buruknya.Perkahwinan kedua bagi Pak Mat dan anak-anak tidak mempedulikannya.Isterinya masih dara dan mempunyai simpanan wang yang baik termasuklah hasil potongan wang KWSP.

Itu mukadimah Pak Mad & isterinya.

Kesedaran dan rasa simpati abang polis terhadap Pak Mat merelakan rumah miliknya dijual pada harga kemanusiaan.Value sebenar tersebut dianggarkan mencecah RM60,000.00.Kesibukan abang polis dengan fail-fail menimbun di pejabat membataskan beliau untuk menyelesaikan urusan perjualan rumahnya dan alang-alang menghadiri kenduri kahwin di kampung beliau berniat untuk menyempurnakan segala yang bertangguh. Hal-hal jenayah dan aktiviti yang boleh mengugat keamanan ditolak ke tepi semuanya kerana Pak Mat yang bukanlah seorang Perdana Menteri, Menteri Pengangkutan, Tan Sri Tan Sri atau Datuk Datuk mahu pun ahli perniagaan tetapi hanya seorang pekerja kilang bergaji bawah RM800.00.

Sedang asyik berbincang mengenai pinjaman,insurans dan proses petukaran hak milik dengan nada sedih dan jitu Pak Mat tiba tiba mengalirkan perasaan hiba.

''Tahu Pak Cik dah tua,bodoh,benggap,miskin,kurang akal tapi Pak Cik pun manusia biasa, simpatinya sekelumit menindas lebih!,''jerit Pak Mat separuh nangis sambil setitik dua air mata jatuh ke bumi.

''Kesian,'' Getus hati kecil ku yang hiba.

Sewa rumah ditipu.Gaji ditipu.Majikan penipu.Anak-anak pun penipu.

Dugaan untuk Pak Mat.

Matematik Moden

Cinta monyet aku bermula di usia 17 tahun. Alhamdulillah! Ok. Kisahnya bermula begini dan dikisahkan sebegini.

Perpustakaan Pulau Pinang menjadi tempat perjumpaan dan rujukan kami apabila berlaku krisis, selisih paham,permasalahan malah tempat untuk berpacaran dan matlamat utama adalah menuntut ilmu bersama-sama.Hal ini sebenarnya sedikit sebanyak mengaburi banyak pihak termasuk ibu bapa kami dan masyrakat umumnya.Bak kata pensyarah aku, study group make perfect .Gosip liar dan mengadu domba tetap kami praktikkan semasa bertemu.Tapi aku borak je lebih. Nak kenal hati budi lebih kena borak lebih sikit dari study.Ye tak?

Terletak di Seberang Jaya,berhampiran Pusat Kesihatan dan Wisma TNB.Tempatnya ok, kemudahannya ok, staf pun ok.Ok,semua ok-ok sahaja.Sini lah!

10.10.2004 (SPM 2004)

Hari itu selepas makan tengah hari berlaukkan ayam goreng dan kuah campur hasil tangan mak aku, dengan motosikal EX5 plat PCR (aku ada cerita pasal PCR9832,nanti aku entrykan) aku gerak ke Library.

Seperti biasa,Cik Ami menunggu dengan bersungguh-sungguh dan bermuka manis.

Pikir punya pikir,kami putuskan untuk belajar matematik moden. Hazwani, yang menemani Cik Ami segera aku halau ke meja sebelah bagi beroleh privacy agar aku dapat fokus dengan ilmu mataematik moden ini.

Berbekalkan soalan past year Cik Ami bawa, kami pun mulakan pembelajaran dengan khusyuk.Harapkan aku bawa past year, pakai tak la kan.Study pun malas.Bayangkan kalau kat kelas aku 27 perempuan dan lelaki ada 3 orang,macam mana aku nak fokus time Cikgu Lela, Cikgu Rozita, Cikgu Aniqah, Teacher Loh Anna dan Ustazah Azah mengajar?

30 minit berlalu,aku mengeluh malu. Dalam banyak-banyak soalan tadi aku sepatah haram tak paham.Dari persamaan kuadratik,teoram pithagoras,kekerapan,penjelmaan,premis,persamaan linear,perimeter & luas, kebarangkalian, matrik, poligon, set semesta, skala dan banyak lagi topik yang aku dah tak ingat untuk kertas 2.Sebab kertas 1 mudah,boleh teka serta tembak!

Ya, bab paling aku best ialah lukis graf, rasanya pembaris fleksibel aku beli 7 semua patah buat soalan ini.

Berbekalkan sikap sabar dan penyayang Cik Ami terus memberi aku galakan dan tunjuk ajar.Aku bersemangat kembali berjuang dan sayang dengan matematik.Hero hindustan memang loser time starting.Tanpa jemu dan lesu aku dididik sehingga kejantanan aku sedikit tegugat.

Benci aku ke matematik moden tak sama aku benci matematik tambahan sebab matematik tambahan lagi aku benci.Walaubagaimanapun ketokohan Al-Khawarizmi tetap aku sanjung.


:- Hasil daripada kesungguhan kami berdua 'berdating' di Perpustakaan itu. Matematik Moden aku 1A,Cik Ami terkucir 2A.Sampai bila pun aku terhutang budi.Kah Kah Kah.