Tuesday, March 13, 2012

Sunday, November 20, 2011

Kejadian Hari Jumaat

Adalah menjadi kebiasaan kalau berlalunya tabung di hadapan mata serta dalam keadaan bersila akan terdetik satu perasaan yg sangat ikhlas dalam lubuk hati ini, iaitu ingin menderma. Derma yg bukan pura-pura tapi penuh rasa rendah diri dan keikhlasan.

Kejadian di hari Jumaat dua hari sudah membuktikan segalanya. Usai makan tengah hari tadi di tangan masih tinggal RM25 dan berbekalkan RM25 itulah bekalan wang aku sehingga hari gaji seterusnya iaitu pada 22hb ini.

Seperti kebiasaan hari Jumaat akan berlangsungnya sembahyang Jumaat. Aku jugak tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama masyarakat Islam yang lain untuk menunaikan solat Jumaat. 

Maka, tepat pukul 1 tengah  hari bergerak lah aku ke Masjid Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim. Untuk makluman semua, cendol mak cik van yang beroperasi selepas doa solat Jumaat turut menarik perhatian ramai.

Walaubagaimanapun, ibarat tetap ibarat. Ibadat didahulukan, solat Jumaat diutamakan.

Tiba di masjid, cuaca agak terik. Masuk perkena wuduk memang satu perasaan yang sukar digambarkan betapa puasnya membasahkan air ke anggota badan yang berkenaan.Puas & lega.

Selesai mengangkat hadas kecil maka bersila lah aku untuk mendengar khutbah ringkas.

Senang enak memasang telinga,tabung masjid berlalu dihadapan aku. Dengan penuh keikhlasan dan rasa rendah diri aku seluk poket baju kiri, tiada.

Kemudian tangan aku seluk seluar poket kiri, tiada. Mengagau pula ke poket seluar kiri, tiada. Masih terkawal. Niat di hati RM1 untuk didermakan.

Ustaz Ghaffar, cikgu agama Islam semasa aku berdarjah 6 pernah berpesan, biar amount nya sikit, memadai dengan 1 sen sekalipun pastikan ihklas maka besar pahalanya.

Aku pun menyeluk poket belakang dan mengeluarkan wallet berjenama Polo 50% punya diskaun. Yes, ada pun. Dalamnya berisi RM10 dua keping. Brader sebelah aku dah jeling-jeling memandang tabung, mungkin tidak sabar untuk aku ganjakkan tabung tersebut kepadanya.

Panik juga sebenarnya situasi semasa itu.

Niat dah cantik, tapi 3 hari lagi nak gaji ni. Kalot tapi aku mesti waras. Mata keliling dah memandang-mandang. Tuhan sayang orang yang ikhlas.Tapi sabar itu perlu. Maruah kata isi, perut minta diisi.


Ikhlas!


Aku lipat wang RM10 ke dalam tabung tadi dalam-dalam. 

Friday, November 18, 2011

Helikopter

Kereta tayar belakang 2 2 biji dah botak. Pastu enjin berbunyi bising je, tingkap auto pun dah tak auto dah, minyak hitam kerja menitik je.Econ pulak sampai tahap berhaba!

Demikian luahan hati Shaiful, rakan sekerja aku kepada aku mengenai luahan hati isterinya mengenai kereta milik isteri yang sepatutnya tiada lagi di muka bumi ini.

''Habis, hang kata apa?Ada rancang nak ambik kereta baru ke?Soal aku sambil menunjukkan minat.''
Mana tidaknya, rancangan belian Toyota Vios J dah tertunda berbulan-bulan. Aku yang kadang-kadang bosan dengan kerenah 'nak beli tapi tak beli ni' sabar sambil berdoa rancangan suami isteri ini tercapai. 

Shaiful yang paham dengan ekor mata aku yang memintak jawapan untuk persoalan yang aku titip kan sebentar tadi seperti mahu melarikan diri dari persoalan tersebut. Namun jantan sama jantan apa hal sangat nak berahsia. Dengan lantang beliau menjawab..


Tak ada la, aku suruh dia sabar nanti aku beli helikopter!

Aku terus berambus pergi buang angin!

Steady!

PGN 95** meluncur laju melalui Lebuhraya BKE Butterwoth - Kulim. Jam di tangan menunjukkan waktu patut bersantai di rumah. Pulang kerja sambil hujan-hujan renyai memang rasa satu macam.

Sedang khusyuk dengan pemanduan aku digetarkan dengan telefon bimbit di dalam poket baju sebelah kiri.

Tanpa mempedulikan kerugian RM300 dan keselamatan diri, aku pura-pura bercakap telefon. 

''Hello''.

''Hai Cik Ami. Kenapa?''

''Saja, bosan kerja. Eh, tadi ibu call, dia kirim salam''.

''Family semua sihat?'' Sapa aku berbasa basi.

''Ayah tak sihat. Demam, muntah-muntah, cirit birit.''


Ekk?Dia nak terima menantu la tu jadi macam tu.


Arkkkkk?? 


Selamat bertunang kepada Aku! 9/10/2011!Kah kah kah kah! 

Sunday, September 25, 2011

Cerita Cik Ami II

Sambil melayan  QPR vs Aston Villa beraksi, tiba-tiba aku teringatkan kisah Cik Ami hari Khamis petang tempoh hari.

Seperti selalu Cik Ami akan berkawal di kaunter untuk memastikan urusan peminjaman dan penghantaran buku berjalan  lancar. Disebabkan ketidakcukupan staf, Cik Ami diminta untuk berkawal seorang diri. Cik Ami seperti biasa, akur dan menurut perintah.

Seorang demi seorang datang dan pergi. Semuanya mudah bagi Cik Ami untuk menghandlenya.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Biar mempunyai sifat sabar dan berbudi bahasa tidak semuanya mudah untuk Cik Ami lalui kerana kehidupan tidak selalunya statik sebaliknya berliku-liku dan membebankan. Kehidupan di dunia sebenar adalah sama dengan kehidupan di sebuah library

Datang dua orang pelajar berjantina perempuan untuk meminjam buku. Buku yang ingin dipinjam dihulurkan. Cik Ami tanpa rasa prejudis pun melayan kehendak pelajar terbabit.

Usai urusan, buku yang tadi di tangan Cik Ami bertukar tangan.

Dengan tidak semena-mena, pelajar yang meminjam tadi  menyoal Cik Ami tanpa ragu-ragu.

''Eh. tak ada plastik bag ke?''

Belum sempat Cik Ami menjawab, pelajar tadi langsung memusingkan badan dan muka ke arah kawannya yang seorang lagi sambil berkata.

''Eh, ingat tadi beli barang.''

Dua orang pelajar tadi berlalu pergi meninggalkan Cik Ami yang tepinga-pinga sambil membatukan diri.


5 minit selepas kejadian Cik Ami menelefon aku tanpa didahului salam sebaliknya ketawa bedekah-dekah.

Google (Ms Chan)

Hari ini dengan penuh bermotivasi dan beperasaan riang ingin aku mengisahkan sebuah cerita. Ceritanya berbunyi begini. Kejadian minggu sudah.

Ms Chan yang berusia dalam lingkungan 40 an yang asyik melakukan tugasan rutinnya  rupanya memasang telinga mendengar perbualan Aku, Tum &  Shaiful. Meja beliau yang bersebelah meja Tum  memudahkan niatnya itu. Aku dan Shaiful yang baru selesai makan tengah hari rancak berbual di meja Tum

Untuk makluman pencinta Blog ini, Ms Chan adalah senior officer di tempat aku bekerja dan gajinya menjangkau RM7k sebulan. Beliau boleh aku gambarkan sebagai seorang yang sangat bertanggungjawab dengan tugasannya dan sangat arif dengan selok belok bidang  tugasnya serta mahir dalam menguruskan bahagian khidmat pelangan dengan jayanya. Beliau juga fasih berbahasa melayu, bahasa orang puteh dan bahasa bakunya.

''Tum, bila nak ambik iPad2, hari tu cakap nak angkat satu. Bonus 3 bulan Dato' Seri bagi tak kan dah habis kot.'' 

''Tengah survey-survey,berapa RM boleh dapat sekarang ek?''

Perbualan Tum dan Shaiful terhenti di situ sebelum aku menyampuk.

''Goolge la Tum.''

Ms Chan yang dari tadi hanya membisu tiba-tiba keluar dari kepompong membisu tersebut dengan kata-kata indah.


''Google tu kedai dekat mana?Aku pun nak angkat satu iPad2.''


Lantas, aku pun berpura-pura sakit perut lalu pergi ke rest room.

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin!

Kejadian di malam raya tahun ni memang membuatkan aku berdebar-debar serta bingung.

Aku yang sibuk mengambil wuduk untuk bersolat agak kelam kabut melihat jam dinding yang sudah menjangkau angka 8.10 malam.

Entah kenapa solat aku merewang entah ke mana tapi yang pasti persoalan aku tetap satu, esok raya kah?Aku timbul kan persoalan untuk aku jawab di dalam hati. Kebiasaanya Y.M. Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Engku Ngah akan mengupdate seluruh rakyat Malaysia di kaca TV time time macam ni lah. 

Usai memberi salam dan doa ringkas tangan aku mencapai hanset langsung menaip patah-patah perkataan. Mesej di hantar ke Cik Ami.

''Comfirm ke esok raya?''

Tak lama selepas tu Cik Ami pun membalas dengan rasa angkuh.

''Yup!''

''Ek, comfirm ke?Tahu mana?Dah kuar kat TV ke?''Soal aku lagi bertubi tubi tanpa belas kasihan minta kepastian.

''Teeettt teetttt''.Hanset aku berbunyi lagi menanda mesej masuk lagi.Cik Ami dengan rasa rendah diri dan cool membalas.


''Pak  cik penyimpan mohor tu mesej Ami tadi''


Rasa sayu pulak Takbir raya tahun ini.