Sunday, November 20, 2011

Kejadian Hari Jumaat

Adalah menjadi kebiasaan kalau berlalunya tabung di hadapan mata serta dalam keadaan bersila akan terdetik satu perasaan yg sangat ikhlas dalam lubuk hati ini, iaitu ingin menderma. Derma yg bukan pura-pura tapi penuh rasa rendah diri dan keikhlasan.

Kejadian di hari Jumaat dua hari sudah membuktikan segalanya. Usai makan tengah hari tadi di tangan masih tinggal RM25 dan berbekalkan RM25 itulah bekalan wang aku sehingga hari gaji seterusnya iaitu pada 22hb ini.

Seperti kebiasaan hari Jumaat akan berlangsungnya sembahyang Jumaat. Aku jugak tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama masyarakat Islam yang lain untuk menunaikan solat Jumaat. 

Maka, tepat pukul 1 tengah  hari bergerak lah aku ke Masjid Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim. Untuk makluman semua, cendol mak cik van yang beroperasi selepas doa solat Jumaat turut menarik perhatian ramai.

Walaubagaimanapun, ibarat tetap ibarat. Ibadat didahulukan, solat Jumaat diutamakan.

Tiba di masjid, cuaca agak terik. Masuk perkena wuduk memang satu perasaan yang sukar digambarkan betapa puasnya membasahkan air ke anggota badan yang berkenaan.Puas & lega.

Selesai mengangkat hadas kecil maka bersila lah aku untuk mendengar khutbah ringkas.

Senang enak memasang telinga,tabung masjid berlalu dihadapan aku. Dengan penuh keikhlasan dan rasa rendah diri aku seluk poket baju kiri, tiada.

Kemudian tangan aku seluk seluar poket kiri, tiada. Mengagau pula ke poket seluar kiri, tiada. Masih terkawal. Niat di hati RM1 untuk didermakan.

Ustaz Ghaffar, cikgu agama Islam semasa aku berdarjah 6 pernah berpesan, biar amount nya sikit, memadai dengan 1 sen sekalipun pastikan ihklas maka besar pahalanya.

Aku pun menyeluk poket belakang dan mengeluarkan wallet berjenama Polo 50% punya diskaun. Yes, ada pun. Dalamnya berisi RM10 dua keping. Brader sebelah aku dah jeling-jeling memandang tabung, mungkin tidak sabar untuk aku ganjakkan tabung tersebut kepadanya.

Panik juga sebenarnya situasi semasa itu.

Niat dah cantik, tapi 3 hari lagi nak gaji ni. Kalot tapi aku mesti waras. Mata keliling dah memandang-mandang. Tuhan sayang orang yang ikhlas.Tapi sabar itu perlu. Maruah kata isi, perut minta diisi.


Ikhlas!


Aku lipat wang RM10 ke dalam tabung tadi dalam-dalam. 

1 comment:

Anonymous said...

cool!ikhlas brader..hehe