Sunday, September 25, 2011

Cerita Cik Ami II

Sambil melayan  QPR vs Aston Villa beraksi, tiba-tiba aku teringatkan kisah Cik Ami hari Khamis petang tempoh hari.

Seperti selalu Cik Ami akan berkawal di kaunter untuk memastikan urusan peminjaman dan penghantaran buku berjalan  lancar. Disebabkan ketidakcukupan staf, Cik Ami diminta untuk berkawal seorang diri. Cik Ami seperti biasa, akur dan menurut perintah.

Seorang demi seorang datang dan pergi. Semuanya mudah bagi Cik Ami untuk menghandlenya.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Biar mempunyai sifat sabar dan berbudi bahasa tidak semuanya mudah untuk Cik Ami lalui kerana kehidupan tidak selalunya statik sebaliknya berliku-liku dan membebankan. Kehidupan di dunia sebenar adalah sama dengan kehidupan di sebuah library

Datang dua orang pelajar berjantina perempuan untuk meminjam buku. Buku yang ingin dipinjam dihulurkan. Cik Ami tanpa rasa prejudis pun melayan kehendak pelajar terbabit.

Usai urusan, buku yang tadi di tangan Cik Ami bertukar tangan.

Dengan tidak semena-mena, pelajar yang meminjam tadi  menyoal Cik Ami tanpa ragu-ragu.

''Eh. tak ada plastik bag ke?''

Belum sempat Cik Ami menjawab, pelajar tadi langsung memusingkan badan dan muka ke arah kawannya yang seorang lagi sambil berkata.

''Eh, ingat tadi beli barang.''

Dua orang pelajar tadi berlalu pergi meninggalkan Cik Ami yang tepinga-pinga sambil membatukan diri.


5 minit selepas kejadian Cik Ami menelefon aku tanpa didahului salam sebaliknya ketawa bedekah-dekah.

1 comment:

manismanis said...

sabar je lah bdepan dgn krenah student..hehe