Wednesday, June 29, 2011

Berkenan

Saudara Ahmad Kamil masuk pertama kali ke dalam Kulim Hi Tech Park Branch dengan dahi berkerut. Ke kiri tak kena, ke kanan pun tak tentu hala. Mata liar mencari pegawai bank yang berkenaan. Matlamatnya mudah, ingin mendapatkan maklumat mengenai pinjaman ASB. Pencariannya akhirnya menemui jawapan apabila ditunjukkan jalan lurus. 

Persoalan yang ditimbulkan oleh Saudara Ahmad Kamil sememangnya taraf 'abang-abang long' dan sedikit sebanyak menguji minda dan kesabaran aku. 30 minit yang genting sebenarnya apabila berdepan situasi sebegitu namun berbekalkan ilmu, fakta dan keperibadaan yang baik berjaya jua aku tepis satu per satu. Jauh teserlah pengalaman dan ketinggian ilmu saudara Ahmad Kamil.

Dua hari kemudian, saudara Ahmad Kamil datang lagi. Datang dengan persoalan yang sama sambil di selangi soalan-soalan baru yang bermutu tinggi.

Tidak cukup dengan pertemuan empat mata, saudara Ahmad Kamil acap kali menelefon aku bertanya mengenai  perkara yang sama sambil mengutarakan perbanding dan kelebihan pinjaman ASB antara bank bank lain, CIMB &  RHB misalnya.

Saudara Ahmad Kamil meminta diberi satu tempoh untuk dia berfikir. Ruang dan peluang. Bagi aku tiada masalah untuk itu dan mana yang baik anda tentukan. Ibu jari anda milik anda, anda putuskan.

Hari yang ditunggu tunggu pun tiba, saudara Ahmad Kamil yang berusia 40 an ditemani anak lelakinya datang berjumpa aku. Segala permasalahan, persoalan, kemusykilan telah diselesaikan. Ini bermakna bendera putih diangkat oleh saudara Ahmad Kamil dan kejayaan di pihak aku. Kedegilan saudara Ahmad Kamil berjaya aku lumpuhkan dan produk pinjaman ASB berjaya aku jual. Pinjaman ASB sejumlah RM100,000.00.

Aktiviti menandatangani perjanjian pun berlangsung dalam suasana meriah. Ibarat pepatah melayu 'ayam bertelur, riuh sekampung'. Selesai isu itu, timbul pula isu lain. Beberapa saat selepas sesi mengecap ibu jari, saudara Ahmad Kamil dengan lantang menanyakan berapa soalan mudah untuk aku dan sama sekali tidak berkenaan dengan urusan perbankan.

''Encik umur berapa?''

''Dah kahwin?'' 

''Dah ada calon ke belum?''


''Huhh???''

Urusniaga berjaya! Anda-anda yang lain bila lagi?

No comments: