1994 (1 Teratai)
''Apa cita-cita kamu bila dah besar?'' Soal Cikgu Fauziah.
''Juruterbang cikgu.''
1995 (2 Teratai)
''Haa, esok dah besar nak jadi apa?'' Ujar Cikgu Mazwani.
''Juruterbang cikgu.''
1996 (3 Jati)
A'ce, member baik sekampung yang tuanya 3 tahun dari aku memulakan cerita sambil tangan sibuk berlatih main 'tepuk kad'. ''Bapak aku bawak lori gaji RM3k ke atas sebulan. Kadang dia ganti kawan dia bawa lori minyak, kadang angkut kontena, angkut barang dan kadang tu 'manusia' pun terselit sama. Gajinya lagi meriah. Sampaikan hari-hari aku makan KFC. Dari Perlis ke Johor pergi balik hari je. Siap dapat melancong negeri orang lagi. Bapak aku bukan belajar tinggi pun, UPSR pun tak lulus. Apa lagi mahu?''
Keesokan harinya di sekolah, Cikgu Fariza meminta semua pelajar mengemaskini butir diri pada Buku Laporan Prestasi secara sendiri-sendiri.
Di ruang cita-cita aku.
'' Pemandu treler tayar 16.''
Amacam?
Amacam?
No comments:
Post a Comment