Tuesday, March 29, 2011

Seram

Cerita Cik Ami

Sebagai pembantu perpustakaan di UiTM, Cik Ami perlu bekerja siang dan malam bergantung kepada Bos dia punya jadual. Kesian. Kerja yang tulus dan ikhlas mendatangkan rezeki yang halal serta berkat membuatkan Cik Ami gagah untuk berdiri di kaki sendiri.

Pada satu malam iaitu hari Khamis malam Jumaat, Cik Ami dikehendaki berkawal di bahagian kaunter seorang diri. Jam menunjukkan pukul 9.15 malam. Tiga orang pelajar masih khusyuk dengan buku dan pembelajaran masing-masing.

Seorang demi seorang pelajar yang tiga tadi beransur pulang. Beransur dengan ilmu penuh didada. Kemudian masuk ke library Cik Mun, rakan setugas Cik Ami dan bersama-sama di kaunter. Cik Mun berjaga di Bilik IT pada awalnya. 

10.15 malam
Cik Ami bergerak ke toilet pekena 'buang air'. Sunyi sepi keadaan pada ketika itu. Langsung, dia terhidu bau wangian yang entah dari mana datangnya. Cik Ami yang sememangnya heroin berlagak bijak dengan langkah seribu tanpa toleh belakang.Setel!

Sambil tercunggap-cunggap Cik Ami bergegas ke rak buku untuk melangsaikan tugasnya menyusun buku. Buku-buku yang berselerak dan belambak mengamit Cik Ami. Walaubagaimanapun, langkah Cik Ami dari muka pintu Library ke rak buku sejauh 52 langkah kaki sendiri berjalan tidak selancar biasa.

Saat dia berjalan penuh sopan dan lemah gemalai.

''Prap prap prap,''

Sedikit cemas. Bagai diekori dari belakang. Cik Aim toleh kepala ke belakang. Tiada apa yang mencurigakan.

''Prap prap.'' Cik Aim pusing badan kali ini, tiada kelibat manusia.

Keadaan semakin genting. Mulut Cik Ami mula terkumat kamit membaca doa dan surah surah yang teringat di ruang kepala.

''Prap''

''Prap''

''Prap''

Cik Ami tak ambik pusing lagi. Dia segera kan langkahannya ke rak buku dan menyusun buku dengan hati yang tenang, terkawal dan ceria.

Sekembalinya ke kaunter usai aktiviti di rak buku, Cik Mun ketawa tahap jantan tanpa peduli Cik Ami yang masih tersipu-sipu malu. 


:- Bunyi tapak selipar jamban sendiri pun dah tak boleh bezakan.Kah Kah Kah.