Wednesday, June 29, 2011

Berkenan

Saudara Ahmad Kamil masuk pertama kali ke dalam Kulim Hi Tech Park Branch dengan dahi berkerut. Ke kiri tak kena, ke kanan pun tak tentu hala. Mata liar mencari pegawai bank yang berkenaan. Matlamatnya mudah, ingin mendapatkan maklumat mengenai pinjaman ASB. Pencariannya akhirnya menemui jawapan apabila ditunjukkan jalan lurus. 

Persoalan yang ditimbulkan oleh Saudara Ahmad Kamil sememangnya taraf 'abang-abang long' dan sedikit sebanyak menguji minda dan kesabaran aku. 30 minit yang genting sebenarnya apabila berdepan situasi sebegitu namun berbekalkan ilmu, fakta dan keperibadaan yang baik berjaya jua aku tepis satu per satu. Jauh teserlah pengalaman dan ketinggian ilmu saudara Ahmad Kamil.

Dua hari kemudian, saudara Ahmad Kamil datang lagi. Datang dengan persoalan yang sama sambil di selangi soalan-soalan baru yang bermutu tinggi.

Tidak cukup dengan pertemuan empat mata, saudara Ahmad Kamil acap kali menelefon aku bertanya mengenai  perkara yang sama sambil mengutarakan perbanding dan kelebihan pinjaman ASB antara bank bank lain, CIMB &  RHB misalnya.

Saudara Ahmad Kamil meminta diberi satu tempoh untuk dia berfikir. Ruang dan peluang. Bagi aku tiada masalah untuk itu dan mana yang baik anda tentukan. Ibu jari anda milik anda, anda putuskan.

Hari yang ditunggu tunggu pun tiba, saudara Ahmad Kamil yang berusia 40 an ditemani anak lelakinya datang berjumpa aku. Segala permasalahan, persoalan, kemusykilan telah diselesaikan. Ini bermakna bendera putih diangkat oleh saudara Ahmad Kamil dan kejayaan di pihak aku. Kedegilan saudara Ahmad Kamil berjaya aku lumpuhkan dan produk pinjaman ASB berjaya aku jual. Pinjaman ASB sejumlah RM100,000.00.

Aktiviti menandatangani perjanjian pun berlangsung dalam suasana meriah. Ibarat pepatah melayu 'ayam bertelur, riuh sekampung'. Selesai isu itu, timbul pula isu lain. Beberapa saat selepas sesi mengecap ibu jari, saudara Ahmad Kamil dengan lantang menanyakan berapa soalan mudah untuk aku dan sama sekali tidak berkenaan dengan urusan perbankan.

''Encik umur berapa?''

''Dah kahwin?'' 

''Dah ada calon ke belum?''


''Huhh???''

Urusniaga berjaya! Anda-anda yang lain bila lagi?

Sunday, June 26, 2011

Akademi Fantasi

Gara-gara Akademi Fantasia Final 2011 baru ini, ada satu kes yang aku akan buat-buat lupa.

Kebiasaanya, AF berlansung pada hari Sabtu dan mungkin kerana Astro berfikir di luar kotak untuk kali ini diadakan Konsert akhir pada hari Ahad.

Walaubagaimana pun, seminggu sebelum itu aku telah berjanji untuk satu perlawanan futsal pada hari AHAD pukul 9 malam dan rakan-rakan lain telah menyatakan 'setuju' untuk jemputan aku itu.

Bila berdepan keadaan yang meminta aku untuk membuat penilaian, kebiasaanya aku akan berfikir secara sederhana.

Sehari sebelum hari Sabtu iaitu hari Jumaat aku pun menghantar mesej untuk lagi 5 rakan yang lain dan mesej itu berbunyi :

''Maaf kawan-kawan, team lawan cirit birit.Cancel!''

Settle! Keh keh keh keh.

Saturday, June 18, 2011

Sepak

Cerita Bos aku


''Time aku nak keluar tadi anak aku tengah main game yang ada dalam laptop aku. Aku dengan bini aku pun lalu belakang dia nak pergi ke muka pintu depan, nak beli makanan kucing.''


''Tahu dia tanya aku apa?'' 

''Mustapa Kamal nak pergi mana?''

''Bos buat apa lepas tu bos?'' Soal aku seperti pendengar yang baik.

Aku sepak dua kali!

Kopitiam

Kejadian di siang hari, hari ini.

Selesai sesi 'selection' di padang bola sepak Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim di Alor Setar. Aku, Nash, Khai, Iqbal dan Wan bergerak untuk menghilangkan rasa haus. Iqbal yang mahir dengan selok belok jalan di Bandar Alor Setar ini memilih Kedai Kopitiam bersebelahan Bangunan Perkeso.

Acara membasahkan tekak pun bermula. Tapi sebelum itu, macam biasa kalau tiba di kedai makan, pelayan akan tiba untuk mengambil order. Tidak terkecuali kedai Kopitiam ini. Lelaki berusia separuh abad datang menjengah dengan daya ingatan yang hebat sambil menanyakan '' nak minum apa?''.

''Oren bancuh, teh o ais, bandung ais, milo ais dan laici ais''. Jawab kami berlima bertalu talu.

Seminit berlalu, pak cik tadi datang semula untuk mengupdate pesanan. Tanpa rasa marah aku membalas bagi pihak rakan rakan lain. Semoga percubaan kali kedua pak cik tadi berjaya, tegur aku didalam hati.

Tujuh minit kemudian, air pesanan pun tiba. Oren bancuh, teh o ais dan bandung ais turun satu persatu dari pautan tangan pak cik tadi. Selesai. Tanpa rasa gusar pak cik tadi menyoal untuk baki pesanan untuk percubaan kali ke tiga.


''Meer, goal hang tadi cantik''. Puji Iqbal sambil milo ais aku sedut tinggal separuh.