Jam ditangan tepat 5.40 petang.Office berlatarbelakangkan warna Oren itu aku masuk dengan kaki kanan.
Dua orang staf sedia memberi perkhidmatan di kaunter masing-masing tapi muka masing-masing belagak tak boleh blah.
Aku mengambil borang dan isi dengan teliti.Disebabkan 3 barangan perlu aku poskan,ia agak mengambil masa.
Masuk seorang awek.Comel.Mengambil borang lalu diisi dengan pantas.Melalui gaya dan pakaiannya aku sahkan dia berbangsa Cina.
Awek comel : (Tanpa berkata dia memberi borang yg siap diisi serta barangan yg hendak diposnya)
Brader Pos : Pos ke luar negara?
Awek comel : Bukan. Chemor.
Brader Pos : Cik ambil borang ni,isi cepat-cepat sebelum pukul 6ptg.
Aku terkejut dan terpandang borang yg aku isi dengan teliti dan terburu-buru itu.
Jam tepat 5.52 petang.Aku terus berambus dari situ.
Pandangan peribadi : Pos Laju,sila sediakan borang & plastik kurier dengan secukupnya please.
:- Maaf bos,esok aku pos balik.
No comments:
Post a Comment