Thursday, November 25, 2010

Kisah Abu

Sedang Aku, Abu Shah & Samad Ali (nama sebenar dirahsiakan) galak bersembang sambil lepak-lepak kat rumah Abu. Ada satu insiden yg aku tak boleh nak lupa. Paksaan Abu untuk sembang-sembang sambil tidur-tidur dirumahnya payah untuk aku dan Ali tolak kali ini.

Jam dinding menunjukkan pukul 11.00 malam, cerita Jangan Tidur Lagi tak start-start lagi. Maggie jenama kari 5 bungkus siap untuk dijamah. Hujan renyai diluar menambahkan kepanasan perut masing-masing.

Sedang kami sibuk melahap rakus maggie kari kami selit-selitkan dengan kisah-kisah berkualiti. Daripada cerita tipu, separuh merapu sehingga ke cerita palsu semuanya kami gebang sempoi. Itu belum lagi story dan gosip pasal awek-awek, hal terkena buatan orang, pasal politik Anwar Ibrahim dan politik di Malaysia, EPL, kekejaman Rejim Israel dan sebagainya. Malah, perbincangan mengenai keupayaan Robert Kuok  kekal kaya tegar juga kami sentuh.

Kerepek keluaran bumiputera melayu aku gigit-gigit sampai lumat sambil Abu bercerita pula mengenai hal pekerjaan kontraknya sebagai pembanci di FAMA yang tidak akan disambung lagi. Kesian.Ali hanya mengambil langkah selamat untuk mendengar dari berbicara lebih, kurang pengetahuan am mungkin.

Selepas 5 jam lebih berlalu. Tiba-tiba dengan gaya sempoi dan bangga si Abu dengan selamba bikin kecoh.


''Ok kawan-kawan aku nak tidur,buang masa je sembang-sembang ni. Tak ada faedah!,'' kata Abu dengan nada tegas.

Suasana hening sehingga Zohor keesokan harinya.

No comments: