Wednesday, December 29, 2010

Tuesday, November 30, 2010

Siapa pernah puas?

Hari itu hari Ahad.Aku sangat penat.Tambahan pula siang harinya aku sibuk gotong royong kenduri akikah anjuran Tok Ndak aku.Badan penat.

Telefon bimbit aku berbunyi.Aku tak peduli.Bunyi lagi.Aku malas angkat.

Berbunyi dan terus berdering.13 kali panggilan tak berjawab pada skrin hanphone.Aku ambik keputusan untuk diamkan diri.

Tapi,awek mesej aku reply,nanti merajuk susah.

30 minit kemudian.Telefon bimbit aku berdering lagi.Aku angkat.

''Bila?Court Fifa.10 malam.''

:- Betapa tak ikhlasnya hati aku nak bersukan!

Pos Laju

Jam ditangan tepat 5.40 petang.Office berlatarbelakangkan warna Oren itu aku masuk dengan kaki kanan.
Dua orang staf sedia memberi perkhidmatan di kaunter masing-masing tapi muka masing-masing belagak tak boleh blah.

Aku mengambil borang dan isi dengan teliti.Disebabkan 3 barangan perlu aku poskan,ia agak mengambil masa.

Masuk seorang awek.Comel.Mengambil borang lalu diisi dengan pantas.Melalui gaya dan pakaiannya aku sahkan dia berbangsa Cina.

Awek comel : (Tanpa berkata dia memberi borang yg siap diisi serta barangan yg hendak diposnya)
Brader Pos : Pos ke luar negara?
Awek comel : Bukan. Chemor.
Brader Pos : Cik ambil borang ni,isi cepat-cepat sebelum pukul 6ptg.

Aku terkejut dan terpandang borang yg aku isi dengan teliti dan terburu-buru itu.
Jam tepat 5.52 petang.Aku terus berambus dari situ.


Pandangan peribadi : Pos Laju,sila sediakan borang & plastik kurier dengan secukupnya please.


:- Maaf bos,esok aku pos balik.

Hujan

Sekarang musim hujan.

Pergerakan aku agak terbantut.Begitupun tentatif harian aku tetap statik.Agak bosan. Baju hujan RM29.00 masih aku tunda pembeliannya.

Tiba di Pengkalan Sultan Abdul Halim (Butterworth Ferry Terminal) agak lewat, sah-sah lewat sampai office,
Pergerakan dan penjadulan feri yang sangat baik membuatkan aku panas hati. Aku disapa seorang uncle cleaner berbangsa India berusia 50-an.Di tangannya sebatang penyapu dan pengaut sampah. 


Sambil bekerja dia mengomel.Resit tol bersepah di atas tar jalan.

Uncle :   Hari-hari sapu,sampah hari-hari ada.Banyak.( sambil dia memaki hamun sendirian,yang pasti bukan aku)

Aku tersengih membisu sambil resit tol masih aku simpan di tangan.Uncle tadi masih mengomel langsung meneruskan kerjanya.Feri tiba.10 minit untuk sampai di Bangunan Sri Weld.

:- Nyaris-nyaris je aku nak buang resit tadi.

Thursday, November 25, 2010

Pandu Cermat, Jiwa Selamat

''Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya tercinta. Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur. "Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya. "Tak ada apa la sayang, rileks.Cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa,jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was."Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha,tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia k".Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan........di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....BANG!!.
"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda..mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat. "Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis. PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" Emaknya terus merungut dan membebel sambil berlalu keluar dan Julia tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!"
:- Kah kah kah.Walaupun penghujung cerita agak kelakar tapi mesejnya tetap ada & baik,sama-samalah kita menjaga jalan raya agar lebih bersih & selamat untuk dilalui.

Kisah Abu

Sedang Aku, Abu Shah & Samad Ali (nama sebenar dirahsiakan) galak bersembang sambil lepak-lepak kat rumah Abu. Ada satu insiden yg aku tak boleh nak lupa. Paksaan Abu untuk sembang-sembang sambil tidur-tidur dirumahnya payah untuk aku dan Ali tolak kali ini.

Jam dinding menunjukkan pukul 11.00 malam, cerita Jangan Tidur Lagi tak start-start lagi. Maggie jenama kari 5 bungkus siap untuk dijamah. Hujan renyai diluar menambahkan kepanasan perut masing-masing.

Sedang kami sibuk melahap rakus maggie kari kami selit-selitkan dengan kisah-kisah berkualiti. Daripada cerita tipu, separuh merapu sehingga ke cerita palsu semuanya kami gebang sempoi. Itu belum lagi story dan gosip pasal awek-awek, hal terkena buatan orang, pasal politik Anwar Ibrahim dan politik di Malaysia, EPL, kekejaman Rejim Israel dan sebagainya. Malah, perbincangan mengenai keupayaan Robert Kuok  kekal kaya tegar juga kami sentuh.

Kerepek keluaran bumiputera melayu aku gigit-gigit sampai lumat sambil Abu bercerita pula mengenai hal pekerjaan kontraknya sebagai pembanci di FAMA yang tidak akan disambung lagi. Kesian.Ali hanya mengambil langkah selamat untuk mendengar dari berbicara lebih, kurang pengetahuan am mungkin.

Selepas 5 jam lebih berlalu. Tiba-tiba dengan gaya sempoi dan bangga si Abu dengan selamba bikin kecoh.


''Ok kawan-kawan aku nak tidur,buang masa je sembang-sembang ni. Tak ada faedah!,'' kata Abu dengan nada tegas.

Suasana hening sehingga Zohor keesokan harinya.