Sunday, September 25, 2011

Cerita Cik Ami II

Sambil melayan  QPR vs Aston Villa beraksi, tiba-tiba aku teringatkan kisah Cik Ami hari Khamis petang tempoh hari.

Seperti selalu Cik Ami akan berkawal di kaunter untuk memastikan urusan peminjaman dan penghantaran buku berjalan  lancar. Disebabkan ketidakcukupan staf, Cik Ami diminta untuk berkawal seorang diri. Cik Ami seperti biasa, akur dan menurut perintah.

Seorang demi seorang datang dan pergi. Semuanya mudah bagi Cik Ami untuk menghandlenya.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Biar mempunyai sifat sabar dan berbudi bahasa tidak semuanya mudah untuk Cik Ami lalui kerana kehidupan tidak selalunya statik sebaliknya berliku-liku dan membebankan. Kehidupan di dunia sebenar adalah sama dengan kehidupan di sebuah library

Datang dua orang pelajar berjantina perempuan untuk meminjam buku. Buku yang ingin dipinjam dihulurkan. Cik Ami tanpa rasa prejudis pun melayan kehendak pelajar terbabit.

Usai urusan, buku yang tadi di tangan Cik Ami bertukar tangan.

Dengan tidak semena-mena, pelajar yang meminjam tadi  menyoal Cik Ami tanpa ragu-ragu.

''Eh. tak ada plastik bag ke?''

Belum sempat Cik Ami menjawab, pelajar tadi langsung memusingkan badan dan muka ke arah kawannya yang seorang lagi sambil berkata.

''Eh, ingat tadi beli barang.''

Dua orang pelajar tadi berlalu pergi meninggalkan Cik Ami yang tepinga-pinga sambil membatukan diri.


5 minit selepas kejadian Cik Ami menelefon aku tanpa didahului salam sebaliknya ketawa bedekah-dekah.

Google (Ms Chan)

Hari ini dengan penuh bermotivasi dan beperasaan riang ingin aku mengisahkan sebuah cerita. Ceritanya berbunyi begini. Kejadian minggu sudah.

Ms Chan yang berusia dalam lingkungan 40 an yang asyik melakukan tugasan rutinnya  rupanya memasang telinga mendengar perbualan Aku, Tum &  Shaiful. Meja beliau yang bersebelah meja Tum  memudahkan niatnya itu. Aku dan Shaiful yang baru selesai makan tengah hari rancak berbual di meja Tum

Untuk makluman pencinta Blog ini, Ms Chan adalah senior officer di tempat aku bekerja dan gajinya menjangkau RM7k sebulan. Beliau boleh aku gambarkan sebagai seorang yang sangat bertanggungjawab dengan tugasannya dan sangat arif dengan selok belok bidang  tugasnya serta mahir dalam menguruskan bahagian khidmat pelangan dengan jayanya. Beliau juga fasih berbahasa melayu, bahasa orang puteh dan bahasa bakunya.

''Tum, bila nak ambik iPad2, hari tu cakap nak angkat satu. Bonus 3 bulan Dato' Seri bagi tak kan dah habis kot.'' 

''Tengah survey-survey,berapa RM boleh dapat sekarang ek?''

Perbualan Tum dan Shaiful terhenti di situ sebelum aku menyampuk.

''Goolge la Tum.''

Ms Chan yang dari tadi hanya membisu tiba-tiba keluar dari kepompong membisu tersebut dengan kata-kata indah.


''Google tu kedai dekat mana?Aku pun nak angkat satu iPad2.''


Lantas, aku pun berpura-pura sakit perut lalu pergi ke rest room.