Sunday, August 21, 2011

Puasa 2011

Hari ini, 21 Ramadhan 1432 bersamaan puasa untuk hari ke 21.Selamat berpuasa semua dan semoga sihat selalu.

Apa yang terlintas di dalam kepala otak aku sekarang adalah 'peristiwa' pada 1 Ramadhan 1432 iaitu jatuh pada  hari Isnin atau dalam kalender baratnya 1 Ogos 2011. Hari sebelumnya aku berehat di rumah memutihkan kulit dan uji diri dengan memperingati niat puasa dan kaifiat solat tarawih. Alhamdulillah, masih utuh dan solat tarawih pertama aku lancar.Sahur biasa biasa.

Eh, berbalik pada hari kejadian semacam ada satu perasaan berkobar-kobar untuk bekerja. Gembiranya rasa hati permulaan berpuasa aku bekerja, mencari rezeki halal di bumi Pencipta. Bermula dengan Subuh on time diikuti dengan mandi  seperti selalu-selalu.

8.45 pagi waktu paling akhir aku perlu berada di pejabat dan secara kebiasaannya pukul 8 aku sudah gerak tapi hari itu semacam ada  satu perasaan angkuh untuk bekerja dan bersemangat waja. 7.40 pagi  aku sudah mulakan perjalanan ke bumi Kulim. Yaa, bandar Kulim yg angkuh dengan hasil bumi bijih timah pada abad ke 19. Honda EX5 aku tunggang perlahan-lahan, berhati-hati dan tekun tanpa pandang ke kiri kanan. Dengan kelajuan 70-80 km/jam aku tiba dengan selamat. Pukul 8 pagi aku tiba!Awal!

Aku ke tempat letak motosikal sambil menurunkan tongkat sambil aku kunci kemas-kemas. Aku pun berlalu pergi masuk ke dalam office seperti biasa. Entah kenapa, selepas setapak ke setapak kaki menapak, satu perasaan hadir dengan kegusaran. Arghhh, memang aku benci perasaan macam ni tapi aku terus kan langkah menuju ke office yg satu.

Perasaan angkuh tiba-tiba menguasai diri bilamana office masih gelap dan tiada penghuni serta masih berkunci. Ketawa aku sendiri sambil bangga diri aku yg pertama hari sampai ke office! Kalau bos tahu sahih dia bagi aku bonus 7 bulan, aku masih mengelamun sambil berasa riak utuh dalam sanubari tanpa aku sedar hari ini permulaan puasa untuk aku.Cepat-cepat aku istigfar!

Aku berdiri di luar pintu sambil memerhati keadaan sekeliling yg masih sunyi. Sunyi sesunyinya! Jam di tangan sudah 8.20 pagi tapi masih tak kelihatan staf-staf lain. Perasaan curiga mula berjinak-jinak tapi aku positifkan diri untuk 10 minit lagi. Sambil aku mesej ke Kamal,rakan sepejabat mohon kepastian.

Beberapa saat kemudian, Kamal memanggil aku di corong talifon bimbit sambil gelak guling-guling.


Aku pun matikan talifon langung aku berlalu pergi dengan satu perasaan yang sukar aku nak tulis!


Pada hari kejadian bersamaan hari Isnin, 1 Ogos 2011 atau lebih mulia pada 1 Ramadhan 1432 adalah cuti umum bagi seluruh negeri Kedah dan kawasan yang sama waktu dengannya.

2 comments:

Anonymous said...

hahaha...semangat dtg awal ..sabar separuh drpd iman bro...

manismasammanis said...

hehe..keep it up ;)