Friday, April 1, 2011

Saman (Cerita Lapuk)

Itu hari, orang awam sibuk dengan 'adegan' bayar saman lalulintas dan aku sama sekali tidak terkecuali. 50% yang ditawarkan memang tidak dilepaskan peluang oleh rakyat Malaysia biar last minute. TV3 sibuk dengan ulasan di mana rakyat Malaysia 'lengai' dan itu dinamakan budaya. Semoga segala pembayaran yang diterima pihak kerajaan dapat disalurkan semula kepada rakyat dan bukan kepada golongan tertentu sahaja. 

Aku yang tidak pernah mempunyai saman turut berpeluang untuk merasai nikmat membayar saman. Arahan abah, aku turuti dengan hati yang ikhlas tanpa bangkangan. 

Bergegas lah aku ke Balai Polis Kepala Batas untuk membayar saman.

Dipendekkan cerita.

Sampai di Plaza tol Sungai Dua.

Lepas kereta kancil, turn aku

Aku keluarkan wang RM5 hulur ke si awek juru tol.

''Maaf Encik, sini ambil kad.'' Awek cun tadi berkata-kata sambil terpinga-pinga.

Aku pun berlalu pergi dengan penuh ketenangan.


Adegan membayar saman?Arrgghhh, aku dah lupa!

April

31/03/2011

''Malam ni macam biasa ada game futsal dekat Best Bola-bola, Mak Mandin pukul 10 malam. Kali ini friendly dengan team berek polis!'' Kerjasama itu penting aku sisipkan di hujung sms.

Mesej dihantar ke Kimi, Karim, Aham, Abdul, Nazri, Bulah & Mawi secara asing-asing dan sekali nafas.

10.13 malam
Semua datang kecuali Karim. Permainan pun bermula. Permainan cantik disusuli dengan emosi pihak lawan menambah rencah perlawanan itu.


''Woi, ada mana?'' Karim mesej aku tanpa rasa bersalah.

''Nasi Kandar Subaidah ni, minum-minum. Ada apa hal?''

''Tunggu aku datang.''

12.14 tengah malam.
Karim tiba dengan langkah bergaya dan angkuh.

''Kenapa tak turun tadi?'' Nazri tegur sebelum Karim sempat duduk.


''Oh, saja buat April fool kat hampa semua!''


Alasan macam jahanam!

Cita-cita

1994 (1 Teratai)
''Apa cita-cita kamu bila dah besar?'' Soal Cikgu Fauziah.

''Juruterbang cikgu.''

1995 (2 Teratai)
''Haa, esok dah besar nak jadi apa?'' Ujar Cikgu Mazwani.

''Juruterbang cikgu.''

1996 (3 Jati)
A'ce, member baik sekampung yang tuanya 3 tahun dari aku memulakan cerita sambil tangan sibuk berlatih main 'tepuk kad'. ''Bapak aku bawak lori gaji RM3k ke atas sebulan. Kadang dia ganti kawan dia bawa lori minyak, kadang angkut kontena, angkut barang dan kadang tu 'manusia' pun terselit sama. Gajinya lagi meriah. Sampaikan hari-hari aku  makan KFC. Dari Perlis ke Johor pergi balik hari je. Siap dapat melancong negeri orang lagi. Bapak aku bukan belajar tinggi pun, UPSR pun tak lulus. Apa lagi mahu?''

Keesokan harinya di sekolah, Cikgu Fariza meminta semua pelajar mengemaskini butir diri pada Buku Laporan Prestasi secara sendiri-sendiri.

Di ruang cita-cita aku.


'' Pemandu treler tayar 16.''

 Amacam?