- David Luiz Moreira Marinho
- Fernando José Torres Sanz
:- Akibat kemasukan kedua-dua individu di atas ke kancah EPL.Malam-malam minggu aku akan bertambah menarik dan mengujakan.Perebutan remote control akan menjadi sengit. Semoga mak abah tidak berminat lagi dengan Cerekarama TV3 & kakak dengan channel baratnya.Kepada kawan-kawan,tiada lagi futsal di malam minggu kecuali datang dengan alasan munasabah.Suapan main free, team lawan hebat,char koey teow percuma & nasi lemak Nashmir akan tetap aku tolak.
Alang-alang ter entry hal bola sepakkan.Teringat main bola sepak dulu-dulu.
Tahun 1999 adalah nostalgia paling akan aku kenang sepanjang karier aku sebagai pemain bola sepak.Walaupun status aku hanya lah pemain 'kecil-kecilan'. Tidak sehebat Messi dan sepopular Khairul Fahmi.Sepanjang 14 tahun aku bermain bola sepak, tahun itulah aku tak akan lupa sampai bila-bila. Kejayaan di Universiti mewakili kolej, sekolah menengah sebagai pasukan belasahan tidak sama dengan mengondol tempat ke 3 bagi Zon Bukit Mertajam. Dengan kekuatan pemain-pemain kampung sekitar,ketinggian ala-ala Ibrahim Pendek dan sekolah yang terkenal dengan permainan sepak takraw, kami membawa maruah pasukan selaku pasukan underdog untuk kejohanan kali ini kerana sebelum ini senior-senior kami terbabas di peringkat kumpulan.Lemah!Berikut pemain utama pasukan SKPTK batch 1999!
Dibarisi penjaga gol : Mohd Lemon.
Pertahanan : Faris Bunga & Jae Maldini (Bek tengah), Hamsari (Bek kiri).Shukri Loqlik (Bek kanan).
Midfield : Helmy Chop (DM), Aku (AM),Yaya Touré (CM).
Penyerang : Anuar Harun, Mad Faisal (Penyerang kidal) & Mie Din (Penyerang kanan).
Berbekalkan posisi 4-3-3, semua perlawanan persahabatan kami lalui dengan mudah.Tiada cabaran dan sekadar berpeluh manja. Dibimbing oleh Ustaz Ghaffar dan dibantu oleh jurulatih berkulit hitam, panggilan manjanya pada masa itu adalah abang. Nama betul aku lupa.
Kejohanan Bola Sepak 12 tahun MSSPP Zon Bukit Mertajam nama kejohanan diberi. Tiba pada hari perlawanan sebenar, masing-masing berdebar dan bersemangat untuk mempamerkan kebolehan masing-masing.SK Stowell dipilih untuk menjadi saksi kebangkitan SKPTK kali ini.
Perlawanan pertama berdepan SK Bukit Teh kalau tak salah, kami ter score 6 biji, disusuli membenam SK menkuang 9 gol berbalas 0.Kemahiran individu setiap pemain serta taktikal Ustaz amat membantu. Status Ustaz Ghaffar sebagai seorang ustaz turut memudahkan perjalanan kami biar pun masing-masing pemain berseluar pendek. Itu tidak termasuk bantuan aku dengan lorongan-lorongan cantik dan bersih serta kemahiran menggelecek pemain lawan dikatakan punca kami menang bergaya.
Dua perlawanan dengan kemenangan meyakinkan cikgu-cikgu dan seluruh warga sekolah bahawasanya kami boleh pergi jauh. Mandat dan tanggungjawab yang kami pikul sebenarnya lebih berat apabila digelar bintang-bintang sekolah. Bergerak ke kantin dipandang dengan seyuman.Masuk ke bilik guru dipuji-puji oleh guru-guru. Berjalan berseorangan dikenyit mata oleh awek-awek.Tapi, di dalam kelas di hentam-hentam kerana tidak siapkan kerja sekolah.Hidup ini tidak adil!
2 hari berikutnya kami bertemu dengan SK Bukit Minyak. SK Bukit Minyak adalah antara calon favourite untuk mara ke final.Tamat permainan berkesudahan dengan seri 2-2.Sepakan volley cantik aku untuk gol pertama wajar diberikan pujian.
Rasuah permulaan disebabkan kejayaan muncul juara kumpulan kami dibawa ke Air Terjun Junjung dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan SK Kulim. Banyak lagi khabar angin ketika itu bahawa kami akan ditaja jersi,wang ringgit, makan besar dan percutian.Walaubagaimanapun Guru Besar mengambil langkah mendiamkan diri.
Apa yang pasti kami dijanjikan 'penyokong' pada perlawan separuh akhir nanti.Bukan calang-calang penyokong kerana pelajar wanita turut dipelawa.Sehari sebelum perlawanan surat cinta bertebaran di sekolah dengan kata-kata semangat dan azimat dari makwe-makwe sekolah untuk kami.Biar malu dan teruja, demi sekolah tecinta, rela berjuang sehingga ke titisan peluh terakhir.
Selaku juara kumpulan kami ditemukan dengan SK Tanah Liat di separuh akhir. Kecederaan Mohd Lemon ketika latihan dan kehadiran makwe-makwe sedikit sebanyak menganggu fokus pasukan. Sasaran pada mulanya untuk ke separuh akhir telah kami capai. Namun disebabkan kekuatan pasukan pada masa itu, Ustaz ghairah untuk melihat kami muncul Johan.
Memasuki padang SK Stowell dengan jaket pemberian sekolah menambahkan keyakinan kami para pemain.
Permainan yang cantik dan diselangi aksi serang menyerang disajikan kedua pasukan. Permainan one two oleh aku dan Mad Faisal mudah dipatahkan. Crossing Mie Din turut tidak berhasil.Sepakan jauh ala-ala Xabi Alonso dari Helmy Chop sia-sia.Manakala kesungguhan aku merencana bahagian tengah turut tidak mendatangkan hasil.Tamat perlawanan.
Air mata jantan masing-masing mengalir menandakan kami tewas dua gol tanpa balas.Masing-masing terduduk hiba.Makwe-makwe di sekeliling tidak lagi kami peduli.
Cik Ad yang datang dengan basnya mengiyakan lagi kekalahan pasukan kami. Pulang dengan kekecewaan umpama ditusuk sembilu tajam.Pemain SK Tanah Liat sedikit pun tidak berasa simpati malah memandang kami dengan senyuman sinis.
Bak kata orang tua-tua 'yang lepas biarkan berlalu', aku dan rakan-rakan lain amati dan jadikan semangat untuk menghadapi SK Stowell bagi penentuan tempat 3/4.
Selaku penganjur, pintu gerbang SK Alma Jaya kami masuk dengan harapan untuk menebus maruah tewas di separuh akhir.Ketajaman penyerang, kekentalan barisan pertahanan pada masa itu serta ke-kretivitif-an aku akhirnya pasukan SKPTK menang mudah 4-0 ke atas SK Stowell.SK Guar Perahu pula muncul Johan Zon Bukit Mertajam selepas menewaskan SK Tanah Liat di perlawanan akhir.
Di sekolah kami dirai bak wira biar sekadar tempat ke 3.Setelah sekian lama rasanya sekolah tidak memperoleh kejayaan dalam sukan bola sepak kejayaan skuad 1999 mendatangkan rasa gentar dan takut pasukan lawan.Apa yang lebih pasti,'saham' para pemain meningkat mendadak.Keh keh keh.
:- Jalan cerita adalah benar dan ditokok tambah bahagian-bahagian yang tak ingat.Benda dah lama berkarat sudah.Penulis beroleh idea untuk mengisahkan cerita ini selepas bersembang dengan rakan-rakan yang selepas 11 tahun tidak berjumpa.Faceebook punya angkara!